CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 0

Netizen Indonesia ‘Serang’ Permainan Video, Keris Karakter Hang Tuah Didakwa Milik Sejarah Mereka

[Copy link]
Post time 8-3-2025 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Antara salah satu permainan MOBA yang sedang meningkat populariti di Malaysia adalah Honor of King.

Tahukah anda bahawa pasukan wakil dari negara ini juga baru sahaja menjuarai pertandingan di Manila serta membawa pulang hadiah berjumlah $100,000 bersamaan RM446,350?

Rancang lancar karakter lokal

Mungkin melihat potensi yang besar di dalam pasaran tempatan, pihak pembangun, TiMi Studio Group dikhabarkan mahu melancarkan satu karakter lokal berdasarkan sejarah yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Tular satu tangkap layar Google Form yang diagihkan kepada pasukan pembangun dalam mendapatkan persetujuan penghasilan karakter baharu merujuk kepada Hang Tuah yang cukup terkenal sepanjang zaman dalam masyarakat kita.

Bagaimanapun, cadangan karakter Hang Tuah mendapat tentangan habis-habisan oleh sejumlah netizen dari Indonesia kerana merasakan diri mereka terkecuali untuk memiliki karakter khas melambangkan negara mereka di dalam permainan video tersebut.


Kecewa karakter wakilnya tidak menjadi realiti

Bagi mereka dahulunya pihak pembangun pernah menjanjikan satu karakter khas untuk mereka iaitu Garuda Khageswara namun ia hanya menjadi skin tambahan sahaja yang dipakai oleh karakter yang sedia ada berbanding Hang Tuah yang dilihat istimewa apabila bakal memiliki karakter khas untuknya.

Perkara ini didapati menjadi semakin sensasi apabila mereka percaya grafik karakter Hang Tuah tersebut sedang memegang senjata tradisional yang dipercayai keris kerana berdasarkan sejarah Melayu lama tetapi didakwa telah dicuri daripada sejarah Jawa pula.

Bagi mereka, kewujudannya berkait rapat dengan perkembangan sejarah rantau ini, terutamanya di Jawa jadi Indonesia mempunyai hak mutlak untuk senjata tradisional terbabit.

Sebagai hujah, bukti kewujudan keris dapat ditelusuri hingga abad ke-9, dengan pertemuan tulisan atau inkripsi dan ukiran yang dipahat dinding bersejarah di Jawa.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia seperti sudah biasa dengan sifat mereka yang suka ‘claim’ dan sedia memberikan fakta dalam mempertahankan sebab karakter Hang Tuah memang menggunakan senjata keris dan berkait dengan asal usulnya di Tanah Melayu.

Salah seorang netizen dari Malaysia langsung berhujah dengan menjelaskan keris berasal dari Kepulauan Nusantara dan telah digunakan sejak lebih 600 tahun lalu.

Senjata ini dikaitkan dengan budaya Melayu, Jawa, Bugis, dan beberapa etnik lain di Indonesia, Malaysia, Brunei.


Cukup terkenal dengan Keris Taming Sari

Keris yang paling terkenal dalam kisah Hang Tuah ialah Keris Taming Sari, yang dikatakan diberikan kepadanya oleh Sultan Melaka selepas Hang Tuah menang dalam pertarungan dengan pendekar dari Majapahit.

Ramai juga meminta netizen dari negara jiran menerima realiti banyak budaya dan warisan kita berkongsi identiti yang serupa kerana berada di dalam rantau sama malah dahulu dikira sebagai wilayah Nusantara yang merangkumi sejumlah negara berdekatan di sini seperti Thailand, Singapura dan sebahagian wilayah Filipina.

Dalam pada itu, sebenarnya permainan video ini juga sebenarnya pernah melancarkan skin karakter yang diinspirasikan dari pemain badminton terhandal negara iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei yang mana menambahkan rasa lebih iri hati mereka terhadap negara Malaysia.


Sumber: The Vocket


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057534 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list