CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4397|Reply: 0

Rentung terbakar kecuali kaki kiri, misteri kematian Mary Reeser yang masih tidak terungkai

[Copy link]
Post time 11-3-2025 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Sejak zaman dahulu, ada pelbagai kes kematian yang diliputi misteri sehingga penyiasat dan pengkaji turut bingung untuk merungkaikannya. Salah satunya ialah kes Mary Reeser.

Mary Reeser, wanita Amerika yang lahir pada tahun 1884. Beliau tinggal di sebuah apartment di St. Petersburg, Florida.

Pada pagi 2 Julai 1951, tuan rumah datang ke apartment Mary membawa surat Telegram. Namun, dia berasa ada sesuatu yang tidak kena semasa menyentuh tombol pintu apartment Mary, lantas menghubungi pihak polis.

Pemeriksaan menemui mayat Mary Reeser yang berusia 67 tahun. Namun, keadaan mayatnya yang menimbulkan pelbagai persoalan. Hampir keseluruhan tubuhnya rentung dijilat api.


Mary dipercayai telah mati terbakar di rumahnya. Apa yang aneh, mayatnya sudah menjadi abu kecuali bahagian kaki kiri dan tulang punggungnya yang masih lagi utuh.

Bagaimana kaki sebelah kiri wanita tua yang masih memakai selipar tidak terbakar langsung? Kenapa ia masih putih, bersih malah kesan kesan hitam pun tiada?

Ruangan dalam apartmentnya juga tidak terbakar, kecuali kerusi di bahagian yang selalu didudukinya. Kejadian ini telah mengelirukan pihak berkuasa, malah pihak forensik yang terlibat dalam kes kematian Mary Reeser turut buntu. Mereka tidak mampu menyelesaikan kes ini sampai sekarang.

Lebih aneh lagi, secara logiknya jika kita lihat keadaan mayat manusia yang rentung akibat terbakar, sudah tentu ia memerlukan suhu dan api yang marak untuk membakarnya.


Tapi, kejadian yang berlaku terhadap Mary Reeser amat pelik. Keseluruhan tubuhnya rentung terbakar kecuali kaki yang masih utuh. Namun, kawasan sekitar rumahnya tidak menunjukkan kesan terbakar. Ia masih berkeadaan baik, seolah-olah api itu hanya menyambar tubuh badan Mary Reeser dan kawasan di mana dia berada sahaja.

Pada mulanya, polis membuat teori kebakaran mungkin berpunca daripada ledakan gas di bahagian dapur atau mungkin berpunca daripada puntung rokok kerana diketahui Mary seorang perokok tegar. Tetapi, teori itu tidak boleh diterima pakai kerana ruangan di dalam apartment Mary langsung tidak terjejas.

Pemeriksaan terhadap tengkorak Mary mendapati ia telah menyusut yang diakibatkan oleh haba yang sangat panas. Ikutkan logik, tahap kepanasan yang membakar tubuhnya sudah seharusnya boleh membuatkan seluruh apartment tersebut terbakar sekali. Tetapi, itu tidak berlaku.

“Susah untuk saya percaya tentang kes ini. Sepatutnya untuk membakar tubuh badan manusia perlu menggunakan suhu yang  tinggi. Mana mungkin kaki sebelah kirinya tidak terbakar sikit pun.

“Satu lagi, sepatutnya ruang di sekeliling seharusnya terbakar juga, tapi di seluruh tempat kejadian tidak ada kesan bakar langsung. Ia adalah satu kejadian yang paling luar biasa yang pernah saya lihat. Saya rasa seperti kembali ke abad pertengahan, di mana ramai orang banyak bercakap tentang sihir dan ilmu hitam,” ujar  Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine tentang kes Mary.


Profesor itu turut mengakui, dia tidak mampu untuk menjelaskan misteri yang menyelubungi kematian Mary Reeser. Kematian Mary Reeser masih lagi menjadi tanda tanya sampai sekarang.

Salah satu spekulasi hanya mengaitkan kematian Mary kerana Spontan Human Combustion (SHC) atau fenomena pembakaran tubuh manusia secara spontan.

Fenomena aneh ini berlaku akibat tenaga yang dihasilkan dalam diri manusia tersebut. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pantas sehingga sukar saksi melihatnya. Walaupun sukar diterima akal, fenomena SHC ini diakui oleh sains kerana secara fizik dan biologi, tubuh manusia memang mampu menghasilkan zat-zat yang mampu terbakar.


Sumber: Utusan TV


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056120 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list