View: 3452|Reply: 0
|
"Lapar sangat ke? Mati ke kalau tak makan?"-suami tengking isteri minta jajan RM3.80
[Copy link]
|
|
Seorang wanita terpaksa berdepan detik memalukan di sebuah pasar raya hanya kerana meminta izin untuk dibelikan snek berharga RM3.80.
"Saya pergi beli barang dapur. Kelam kabut sebab sudah pukul 9.30 malam. Saya beratur belakang seorang lelaki 'sado' ni nak bayar.
"Tiba-tiba dengar dari belakang, yang (sayang), beli ni satu boleh? Lama tak makan. Isteri mamat tu tunjuk snek kentang nipis.
"Harga RM3.80 je. Anda semua tahu dia jawab apa? Lapar sangat ke? Mati ke kalau tak makan? Isteri dia pandang saya, saya pandang bawah. Tak sanggup nak tengok muka isteri dia tahan malu," katanya.
Menurut wanita itu, dia kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan yang tidak menjaga air muka isterinya di hadapan orang ramai.
Malah, dia turut memberi pesanan kepada golongan wanita agar mencari sumber pendapatan sendiri supaya perkara sedemikian tidak berlaku.
"Sejujurnya saya memang tak boleh tahan dengan jantan jenis macam ni. Menyirap sangat. Tolong la perempuan dekat luar sana, tolong ada duit sendiri.
"Engkau sampai nak beli keropok pun kena malukan dengan suami sendiri... memang minta kena tabuh (pukul) la jantan macam ni," tegas saksi kejadian yang berkongsi kisah ini.
Hantaran ini mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut. Rata-rata mengecam tindakan suami yang dianggap biadab dan tidak menghormati isteri sendiri.
"Kasihan… Mungkin dia seorang suri rumah dan tiada duit poket langsung. Kalau saya ada kat situ, memang saya hulur RM4 bagi dia beli dan makan senyap-senyap.
"Ramai je lelaki jenis kedekut macam ni, tak cakap semua tapi ramai. Saya pernah jumpa jantan macam ni. Minta beli buah potong pun kedekut tahi hidung masin," komen beberapa netizen.
Sumber; mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|