CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 0

[Johor] Johor Perhebat Usaha Basmi Miskin Tegar

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:42 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor (kanan) bersama YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor (kiri) mempengerusikan Taklimat Pembasmian Miskin Tegar dan Program Dapur Kasih Johor di Kota Iskandar. | Foto MDJ Wira Anggara

IskandarPuteri – Usaha dan komitmen berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor untuk merealisasikan sifar miskin tegar semakin membuahkan hasil apabila seramai 4,378 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar bagi fasa pertama berjaya disifarkan pada 31 Julai 2024.

Susulan daripada kejayaan memberangsangkan itu, Kerajaan Johor terus memperhebatkan lagi usaha membasmi miskin tegar untuk fasa kedua menerusi penambahan jumlah peruntukan bagi inisiatif Dapur Kasih Johor, dari RM3.2 juta kepada RM3.9 juta bagi manfaat 3,261 KIR miskin dan miskin tegar.

Gerak kerja sifar miskin tegar fasa kedua akan dilaksanakan secara besar-besaran dalam tempoh 10 hari berdasarkan data bersifat dinamik disemak mengikut sukuan iaitu membabitkan 235 KIR yang telah dikenal pasti sebelum pembentangan status terkini kepada YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 25 Mac ini.

Bagi maksud tersebut, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM218.4 juta manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan RM243.4 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif yang signifikan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat termasuk golongan kurang berkemampuan dan asnaf antaranya Program Belanja Dapur Asnaf serta Dapur Kasih Johor.

Pada 9 Mei 2024, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 bertitah agar tiada seorang pun ketua isi rumah Bangsa Johor yang berstatus miskin tegar pada 2025.

Terdahulu, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor bersama YB Puan Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor mempengerusikan Taklimat Pembasmian Miskin Tegar dan Program Dapur Kasih Johor di Kota Iskandar, hari ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 2.759550 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list