CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2784|Reply: 0

[Johor] Dapur Asnaf Ringankan Beban

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:45 AM | Show all posts |Read mode

YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyantuni penerima manfaat Program Belanja Dapur Asnaf di B5 Johor Street Market. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus komited melaksanakan Program Belanja Dapur Asnaf melibatkan peruntukan RM3.6 juta bagi memberi manfaat 12,000 penerima pada tahun ini.

Inisiatif signifikan yang dijayakan secara berterusan itu bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan dan asnaf di negeri ini, untuk mendepani cabaran ekonomi pada masa kini.

Daripada peruntukan dan penerima manfaat untuk tahun 2025, sebanyak 100 keluarga asnaf di daerah Johor Bahru menjadi penerima manfaat terawal inisiatif berupa pembelian barangan keperluan dapur bernilai RM300 bagi setiap keluarga.

MAINJ turut menyerahkan cek cura sumbangan Hari Raya kepada 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Johor Bahru berjumlah kira-kira RM5.53 juta selain menyampaikan sumbangan ‘one-off’ sempena Aidilfitri sebanyak RM500 kepada ketua keluarga fakir dan RM400 untuk ketua keluarga miskin berserta RM50 bagi setiap tanggungan.

Untuk rekod, MAINJ memperuntukkan RM218.4 juta pada tahun ini untuk melaksana pelbagai inisiatif membantu serta meringan beban kos sara hidup rakyat termasuk Program Belanja Dapur Asnaf dan sumbangan hari raya bagi menyambut kehadiran hari lebaran.

Terdahulu, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyempurnakan pelancaran Program Belanja Dapur Asnaf dan Penyerahan Cek Cura Sumbangan Hari Raya Bagi Daerah Johor Bahru di B5 Johor Street Market, semalam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.223569 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list