CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2747|Reply: 0

[Johor] Kerajaan Negeri, Khazanah Nasional Kukuh Kerjasama Pacu Ekonomi Johor

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengetuai delegasi Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Khazanah Nasional. | Foto Onn Hafiz Ghazi

IskandarPuteri – Kerajaan Johor dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional) mengukuhkan kerjasama strategik untuk melaksanakan inisiatif pembangunan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat seiring dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Sebagai pemegang pelaburan utama di Johor khususnya di Iskandar Malaysia dan Desaru, Khazanah Nasional memainkan peranan penting dalam pembangunan melalui pelaburan strategik melibatkan infrastruktur, hartanah, pelancongan, pendidikan serta pembangunan bakat.

Antaranya, menyumbang kepada pembangunan Medini, Puteri Harbour, Gerbang Nusajaya dan Desaru melalui Iskandar Investment Berhad (IIB), UEM Sunrise Berhad serta Desaru Coast selain membangunkan EduCity di Iskandar Puteri sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Sokongan Khazanah Nasional dalam penyediaan ekosistem pelaburan kondusif secara tidak langsung menarik lebih banyak syarikat antarabangsa untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat operasi utama sekali gus memperkukuhkan Johor sebagai hab pelaburan serantau.

Kerajaan Negeri berkeyakinan kerjasama erat dengan Khazanah Nasional berupaya merealisasikan inisiatif digariskan dengan lebih berkesan seterusnya membawa Johor ke tahap lebih tinggi dalam aspek ekonomi, pelaburan dan kesejahteraan rakyat selaras aspirasi negeri maju menjelang tahun 2030.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengetuai delegasi Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Khazanah Nasional bagi mengukuhkan kerjasama strategik dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 1.207607 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list