CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 0

[Sabah] Sekolah terjejas banjir akan terima bantuan TPNS

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:58 AM | Show all posts |Read mode


SERAH: Hajiji menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir di PPS Dewan Kesenian Islam Membakut sempena lawatan beliau ke Membakut.

MEMBAKUT: Sekolah-sekolah di seluruh Sabah yang terjejas akibat musibah banjir baru-baru ini akan menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri, kata Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Mengulas lanjut, Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

"Kerajaan Negeri melalui TPNS akan menyalurkan bantuan kepada semua sekolah yang terjejas akibat banjir ketika ini sama ada di Membakut, Beaufort, Tenom, Keningau dan di mana-mana daerah terlibat.

"Bantuan diberikan untuk keperluan seperti pembersihan, penggantian kerosakan dan sebagainya berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada tahap kemusnahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kesenian Islam Membakut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Selesa mengadakan lawatan ke PPS Dewan Kesenian Islam Membakut bagi menyantuni mangsa banjir di daerah itu seterusnya menyampaikan bantuan tunai dan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir.



PRIHATIN: Mangsa banjir di PPS Dewan Kesenian Islam Membakut menerima bakul makanan yang disampaikan Hajiji sempena lawatannya ke Membakut.

Setiap KIR menerima RM1,300, iaitu RM1,000 dari kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala RM300 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Dalam perkembangan berkaitan, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, beliau merancang untuk mewujudkan sebuah Pusat Penempatan Kekal (PPK) di Membakut dan pihaknya akan membawa perkara itu ke mesyuarat kabinet akan datang.

Jelas Arifin, selain bencana banjir yang sering melanda di kawasan itu, kemudahan itu juga perlu bagi memudahkan sebarang pemindahan mangsa banjir.

"InshaAllah, saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat kabinet untuk memohon PPK bagi Daerah Membakut dan mudahan kita akan dapat kemudahan sama sebagaimana PPK Selagon di Beaufort. PPK ini perlu bagi memudahkan sebarang usaha pemindahan termasuk keselesaan kepada mangsa banjir," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.604607 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list