CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3238|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suami isteri mengaku tak salah gaji 30 pekerja asing tanpa permit

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri mengaku tak salah gaji 30 pekerja asing tanpa permit

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 12, 2025 @ 11:41am [email protected]





Chong Chen Huei, 48 (baju putih) bersama isteri, yang juga warga Indonesia, Puji Astutiningsih, 51 (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk pertuduhan kerana menggajikan 30 pekerja asing tanpa permit sah. - NSTP/ MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggajikan 30 pekerja asing tanpa permit sah, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Chong Chen Huei, 48, dan isterinya yang juga warga Indonesia, Puji Astutiningsih, 51, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Berdasarkan pertuduhan mereka secara bersama mengambil 30 pekerja warga Indonesia yang tidak memiliki pas sah di sebuah rumah di Lorong Tembaga, Jelutong dalam Daerah Timur Laut pada 27 Februari lalu kira-kira jam 10 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/1963 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Inspektor Wan Muhammad Syamim Wan Azmi, manakala tertuduh diwakili peguam, M Sharmila.

Semasa prosiding, Wan Muhammad Syamim mencadangkan jaminan RM15,000 dikenakan terhadap Chen Huei, manakala Puji tidak ditawarkan jaminan kerana statusnya sebagai warga asing.

Sharmila memaklumkan, Chong Huei bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan RM3,000 dan mempunyai empat anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).

"Tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis pada 3 Mac lalu dan memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan," katanya.

Sementara Puji tidak bekerja serta bergantung kepada suami.

Majistret menetapkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi Chen Huei dan RM30,000 serta dua penjamin warga Malaysia bagi Puji.

Kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, dengan Puji dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1371667/suami-isteri-mengaku-tak-salah-gaji-30-pekerja-asing-tanpa-permit





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.545634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list