CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7019|Reply: 0

[Sabah] Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh kesembilan dakwa dihasut pukul mangsa

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:22 PM | Show all posts |Read mode


Sebahagian daripada 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun yang diperintahkan membela diri atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu tiba di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini. - Gambar BERNAMA

TAWAU: Tertuduh kesembilan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau dikenali sebagai Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah dihasut untuk memukul mangsa.

Saksi pembelaan ketiga itu berkata individu yang menghasutnya adalah seorang pelajar di kolej sama iaitu saksi pendakwaan ke-19.

"Dia tarik saya, dia cakap dia mahu nampak saya memukul, lepas itu dia tolak saya untuk memukul arwah Ijat, waktu itu arwah Ijat melindungi mukanya, saya teragak-agak untuk pukul.

"Saya ketika itu pukul bahagian lengan kanan arwah Ijat sebanyak dua kali sahaja, pukulan saya itu tidak kuat," katanya ketika membacakan keterangan saksi di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac 2024.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam keterangannya, tertuduh kesembilan juga memberitahu mahkamah bahawa dia turut melihat saksi pendakwaan ke-19 menendang pinggang Mohamad Nazmie Aizzat sehingga mangsa terlempar jauh.

Ketika menjawab soalan peguam Datuk Ram Singh, saksi itu memaklumkan dia sebenarnya tidak mahu memukul Mohamad Nazmie Aizzat namun telah dihasut untuk berbuat demikian.

Remaja itu tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa dia telah memukul mangsa kerana dia sememangnya mahu memukul, bukan sebab dihasut oleh saksi pendakwaan ke-19.

Tertuduh kesembilan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ng bahawa dia ada memukul mangsa di bahagian badan, bahu dan lengan serta menendang Ijat berkali-kali.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

Ng pula dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif dan Batrisyia Mohd Khusri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 1.075020 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list