Nukilan untuk insan bergelar Guru
Terima kasih guruku
yang mengajarku dulu
dengan sabar dan tidak kenal erti jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.
Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
mengajarku dikala kegelapan
engkaulah bintang penyeri malam
di tengah lautan jadi pedoman.
Terima kasih guru jauhari Tanpa didikan aku tidak akan menjadi seorang doktor Subjek sains menjadi kesukaanku dulu dan kini Engkau rungkaikan segala kemusykilan dihati Hingga kini aku berjaya berbakti kepada masyarakat
Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.
|