Salam e..
Apa khabar e sekarang, abang harap e sihat disamping keluarga yang tersayang. Abang di sini sentiasa mengingati e setiap masa,abang harap e juga sentiasa ingat pada abang meski abang tahu e dah berubah hati. E, Malam tadi e ada mesej abang bagitau yang e dah dapat jawapan tentang kesudahan hubungan kite ni. Abang terkedu..abang tak sangka yang e akan pilih jalan ini.
E, perhubungan kite yang terjalin hampir 2 tahun ini bukan lah rahsia bagi kedua-dua family kite, usikan rakan sekerja tempat abang dan tempat e juga telah lama menghidu perhubungan yang kite bina sejak abang kenali e semasa kite menghadiri kursus bersama tanggal julai 2009. Abang mula mengatur langkah bagi mengenali e..alhamdulillah e beri respond yang baik pada abang.. E ada tanye pada abang, "kenapa abang pilih e, sedangkan abang pada mata e , boleh pilih lebih baik dari e ? . Ketahuilah oleh mu E, yang abang bukan carik kesempurnaan pada mata dan darjat..cukuplah sikap e yang mempunyai sifat keibuan dan mampu menerima abang seadanya..begitu juga abang sedia menerima e seadanya.
E, ingat lagi tak setiap pengkisahan kite, kita akan abadikan bersama di blog yang kite bina pada bulan 8 2009 yang lalu hingga kini. pelbagai ceritera,pertemuan,hatta YM di laman sosial juga kite pahatkan di blog tersebut. Terlalu sukar bagi abang melupuskan ingatan tentang kisah kite membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan dengan berpayung bersama tatkala hujan menyirami bumi di daerah sepi ini, menyambut raya bersamamu dengan berbusana indah di pagi aidilfitri hingga sedara mara abang menyakat e..abang lihat e tersipu2 malu. Bagaimana abang boleh lupa pada setiap kali kite berkurusus di luar daerah,ada saja buah tangan yang akan kite beri dan bertukar2 sebagai tanda ikatan sebuah cinta yang tak pernah dinodai dosa dan sentuhan?!
E, abang sedar yang abang dah melukakan satu dosa yang besar pada e.. Abang nodai kepercayaan e yang e pernah beri pada abang, Ye,seminggu sebelum kite rancang untuk ikat tali pertunangan pada bulan Disember 2010 yang lalu. Sekali lagi dosa yang akan abang kesali adalah abang sanggup mengungkap kata2 yang sangat mengguriskan hati e pada malam birthday e. Abang tak tahu ape yang menguasai fikiran abang. Walhal pada kelmarinnye kite gembira bersama menikmati suasana yang akan terukir sebagai memori manis kite bersama..Abang bawa e dan anak2 sedara e pergi berkelah..tapi lusanya episod gembira tersebut bertukar duka. Takdir suratanNya telah tertulis.Abang sangat berdosa pada e!!!
Namun, E masih lagi beri kesempatan pada abang untuk berfikir kembali dan mengharapkan agar abang sedar secepat mungkin dan takkan berpaling lagi pada e..Abang termanggu di saat abang mengungkap pada malam itu yang si dia sebelum e kembali menghubungi diri ini,abang seperti menjadi orang lain..abang mengaku yang abang masih sayangkan dia..tapi dalam masa yang sama abang tak mahu kehilangan e. Abang rela dicaci dan dibenci oleh E, abang sedar kesilapan abang.. E masih lagi kite berhubung 2 minggu selepas kata2 abang hinggap di tlinga e.
Selepas seminggu barulah abang sedar kesilapan besar abang,abang takkanberpaling pada e lagi,abang telah memutuskan hubnugan dia sebelum e , abang juga berjanji untuk kite percepatkan kembali ikatan yang kita impikan sejak kita berjanji untuk menjadi sebahagian dari keluarga masing2. E,abang terlupa meskipun e setenang air dan sesejuk salju punya juga perasaan dan amarah.Ya!!! E yang abang kenali adalah e yang pemendam rase. e pada malam tu hilang rase sabarnye..marahlah abang e meskipun kata2 e lebih menyakitkan hati abang. Masih abang ingat tanggal 29 Disember 2010 e hamburkan amarah e hingga abang tersentak betapa rendahnya maruah diri ini. 31 Disember 2010 menjadi turning point pada hubungan kite.. kata putus diterima ; kita akan temui jawapannya selepas kite tidak berhubung dalam satu masa,sehingga masing2 ade jawapannya.Meski kite seperti pasangan yang bahagia dan ideal,namun hakikatnya kita adalah pasangan yang terasing luka.
Sudah suratanNya, bulan Februari menjadi detik pada ikatan sebuah percintaan, abang dan e kambali bertaut kasih meski hati e masih tak dapat terima abang sepeuh hati .Ada peluang yang e beri pda abang,ada kasih yang masih ada buat abang dan ade rindu di hati masing2..Abang beri peluang pada hati e untuk menerima abang kembali. Meski dalam tempoh Februari dan April yang lalu menjadi saksi hubungan kite seperti air laut..ada pasang surutnya. Aakala rajuk di hati e akan cerita semalam itu masih tidak dapat dilupakan. Abang btul bersungguh pada e,, abang akan peristerikan e dalam tahun ini juga..itu perancangan abang.
Segalanya berubah e..abang tak pasti sama ada e sanggup menjadi isteri abang dan menjadi ibu pada bakal anak2 yang kite dikurniakan..insyaAllah. E semakin kusut.e semakin tak dapat menerima hakikat yang peristiwa malam harijadi e terngiang2 kembali. Acap kali e jelaskan.."abang,hati e masih pada abang,tapi e keliru..e takut tak boleh terima abang seadanye,dan e telah lama maafkan abang..abang , e perlukan sedikit masa lagi sebelum e menjadi milik abang..berikan e masa ye bang". Abang tak kisah..abang beri kite masa berfikir. dalam tempoh tersebut masing2 bermujahadah..mohon petunjukNya..sekiranya jodoh ini tercipta bagi kami maka percepatkan dan sekiranya ii sudah suratan takdirMu maka kami berserah ya Rabb.
E,Setelah e bercuti dengan terbang jauh ke utara, membawa hati yang penuh kedukaan dan kata2 yang pernah abang ungkapkan pada e dulu, barulah abang sedar..betapa tingginye Nilai Cintamu. Namun setelah e menemui jawapannya hati abang benar2 berkecai menjadi keping-keping yang tak bisa bercantum kembali. E memujuk abang agar kita hanya MENJADI KAWAN sahaja pada lewat malam tadi 2 Jun 2011. abang tak boleh terima e..abang bersungguh dengan e..maafkanlah abang e, makilah abang e jika itu yang bisa memuaskan hati e dan menghilangkan amarah e yang masih terpendam dalam hati..abang menyesal e,abang tak kan ulanginya lagi. . Abang sanggup jumpa family e dalam minggu ni. Terimalah abang kembali e.
Sekiranya e membaca warkah maya abang ini,abang harapkan agar e tak berubah hati.Percayalah e..biarlah masa yang merawat dukamu,biar keluarga yang bakal kita dirikan akan menjadi penghilang dendam amarahmu.dan semoga abang bisa menggembirakan e setiap waktu dan ketika..abang hanya manusia biasa e. Abang tujukan lagu ini buat e..abang menyesal e.maafkan abang.
Jay Jay
Cukup Sekali
Di saat kupinta keputusanmu
Kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku
( 1 )
Di saat kulahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan keterlanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa
( 2 )
Demi masa depan yang kita mimpikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang menodai kepercayaanmu
Andainya ku dapat menarik kembali
Detik-detik hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan ku ulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku
Dari kekasihmu;
Abang yang mengharapkanmu. |