CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: purist

pengalaman mengecewakan di bengkel membaiki kereta

[Copy link]
Post time 15-6-2011 03:23 PM | Show all posts
kete i kusi kayu...kalo larat nk berbirat vonvon, meh lerrr....
cikanggun Post at 15-6-2011 15:10

takpe... kalo dlm keta u dok atas pangku pon i tak kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2011 03:25 PM | Show all posts
takpe... kalo dlm keta u dok atas pangku pon i tak kisah
bangcak Post at 15-6-2011 03:23 PM


gatai bebenor bangcak.....kang ader yg kene tempeleng ngan vinik karang...
cika takmo berbirat pipi plak...

soriiii mod off topic.... kalo nk pukul, pukul bangcak...cika tak salah...


sekian, cika yg inesengg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 04:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by purist at 24-7-2011 07:10

sabar, sabar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2011 04:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by purist at 24-7-2011 07:11
Reply  purist

salam TT ..

adehhh .. simpati baca pengalaman yg mengecewakan ni .. adehhh  ...

pernah gi bengkel tu .. corner lot (mengadap stadium) kan? ada sign continental besor, dinding kaler oren kan?

masa pegi tu nak check tayar+bearing .. sbb rasa macam tayar tak bape nak betul
+ada bunyi pelik masa drive tu aa .. disyaki bearing ..

terpaksa singgah sbb masa tu pun hujan lebat gegila nye ..

tapi Alhamdulillah - bearing tak rosak .. +meke betulkan pressure angin kat tayar tu ..
(dah dabel check ngan bengkel lain - bearing memang ok .. so memang pasal pressure aa kot)

apa yg boleh dikata - bengkel tu kurang mesra pelanggan aa ..
masa pegi tu kan - cakap pun macam nak tak nak je .. kita tanya pun dia tak jawab ..
pastu meke macam kurang selesa sbb aku stay je kat tepi kete tu - dok tengok apa meke buat

cadangan ntok TT - cuba bukak satu thread yg sama kat bod "Aduan & Pendapat"
sini >> http://eforum6.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=23
atau kat bod kereta >> http://eforum6.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=49
maybe kat situ TT leh share pengalaman+info ngan forumer2 lain gak kan!
naen Post at 15-6-2011 09:22


cadangan bagus tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2011 11:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by purist at 23-7-2011 22:26

Reply 24# purist

saya tak ada letak gambar supaya senang nak cam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 12:03 AM | Show all posts
malasnye nak bace, tulisan kecik2, panjang berjela-jela pulak tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2011 12:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by purist at 28-7-2011 23:40

maaf kucing kucing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 06:54 PM | Show all posts
pesan pada kawan2 lain supaya jgn ke bengkel itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2011 10:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by purist at 28-7-2011 23:40

kena selalu beringat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 04:37 PM | Show all posts
banyak mekanik yg suka menipu.dulu kete suami aku rosak kat pagoh..dekat ikbn tu,ada satu kedai kete melayu..cuba nak tekan harga tinggi n menipu..enjin kete rosak..dia nak tekan 8k
pastu yg paling aku hangin aku dgn suami dgr dia ckp dekat kwn dia.."pehh ko kalo dpt tarik kete mamat ni masuk sini,boleh buat muka honda"aku dgn hangin terus ckp kat mamat tu..xpyh lah,aku sanggup upah towing dr JB,dr betulkan kete kat sini.tdiam mamat tu.

btolkan kat jb dpt harga yg xmcm kat pagoh tu.satu lg..bengkel kat ulu tiram.bengkel tepi sungai.banyak tipu org gak.sampai ada askar satu trak dtg nak serang pakcik tu,coz menipu.aku n ramai org lah dkt dpn umah dia..pakcik tu teruk gila,hingga lori parking tepi jln rumah dia,dia boleh jual lori tu kat org..sampai cina punya lori tu mgamuk bwk pistol.peh..pakcik ni aku nak mgadap mmg lah menyirap.dah bayo duit 4ribu,tu mslh enjin gak,last2 dia kencing sana sini.sbb ni lah bnyk gaduh dgn bf aku.last2 kete dpt dekat 8 bulan tsadai,enjin xbtol,duit hangus.yg bestnya siap dia lekat2kan sticker  ntah pape kat kete.pakcik ni mmg putar alam ckp.org2 dekat umah dia sume ckp gitu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 07:35 AM | Show all posts
banyak mekanik yg suka menipu.dulu kete suami aku rosak kat pagoh..dekat ikbn tu,ada satu kedai kete melayu..cuba nak tekan harga tinggi n menipu..enjin kete rosak..dia nak tekan 8k
pastu yg paling aku hangin aku dgn suami dgr dia ckp dekat kwn dia.."pehh ko kalo dpt tarik kete mamat ni masuk sini,boleh buat muka honda"aku dgn hangin terus ckp kat mamat tu..xpyh lah,aku sanggup upah towing dr JB,dr betulkan kete kat sini.tdiam mamat tu.

btolkan kat jb dpt harga yg xmcm kat pagoh tu.satu lg..bengkel kat ulu tiram.bengkel tepi sungai.banyak tipu org gak.sampai ada askar satu trak dtg nak serang pakcik tu,coz menipu.aku n ramai org lah dkt dpn umah dia..pakcik tu teruk gila,hingga lori parking tepi jln rumah dia,dia boleh jual lori tu kat org..sampai cina punya lori tu mgamuk bwk pistol.peh..pakcik ni aku nak mgadap mmg lah menyirap.dah bayo duit 4ribu,tu mslh enjin gak,last2 dia kencing sana sini.sbb ni lah bnyk gaduh dgn bf aku.last2 kete dpt dekat 8 bulan tsadai,enjin xbtol,duit hangus.yg bestnya siap dia lekat2kan sticker  ntah pape kat kete.pakcik ni mmg putar alam ckp.org2 dekat umah dia sume ckp gitu.fire_place Post at 1-7-2011 16:37


terima kasih atas perkongsian. memang betul ramai mekanik yg suka menipu. bagi aku, yang terbaik bagi kita sebagai pengguna kereta ialah cari mekanik yg boleh dipercayai dan jujur sebelum apa-apa kerosakan berlaku pada kereta. cara nak cari ialah dengan tanya sedara-mara dan rakan-rakan untuk cadangan. kalau ada yang bagi cadangan, cuba hantar kereta kat mekanik tu untuk servis kecil seperti tukar minyak hitam dgn oil filter.

tips ialah kalau kereta tak boleh gerak di tengah jalan, jangan percaya pada org yg nak tolong tarik kereta ke bengkel yg dia cadangkan. orang panggil orang macam ni 'runner'. memang nampak baik mcm nak tolong tapi dia dapat bayaran dari bengkel yg dia cadangkan tu. kalau dia tawar utk tarik kereta ke bengkel, kata dah ada orang seperti abang nak datang tolong. kemudian apabila dia dah pergi, panggil khidmat towing untuk tarik kereta ke bengkel yang dipercayai. towing jauh dan mahal ke bengkel yg jujur dan dipercayai lebih baik dari towing ke bengkel terdekat yg tak dikenali sebab ada kemungkinan bengkel terdekat tu boleh tipu kita.

kalau boleh, tengok kerja yg dilakukan mekanik. jgn pergi kedai untuk minum atau sebagainya. tengok kerja yg dilakukan supaya mekanik tak boleh menipu. kalau pengguna kereta perempuan, bawa seorang saudara lelaki yang ada pengetahuan tentang kereta sepeti ayah, abang, adik, anak, anak sedara atau bawa suami bila hendak pergi ke bengkel untuk baiki kereta sebab mekanik ni suka menipu perempuan sebab dia anggap perempuan cuma tahu tekan pedal minyak saja dan tak tahu lain-lain hal pasal kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 02:31 PM | Show all posts
kita dengar banyak sangat aduan tentang penipuan bengkel kat malaysia ni. bagi aku yang terbaik untuk elak tertipu ialah seperti yang aku beritahu, cari mekanik yg boleh dipercayai sebelum apa-apa kerosakan berlaku pada kereta. tanya sedara-mara atau member-member untuk cadangan dan cuba mekanik tu dgn servis kecil seperti tukar minyak hitam. kalau puas hati, apa-apa kerosakan pada kereta hantar ke mekanik yang dipercayai tersebut.

ada yang mungkin tak jumpa mekanik yang boleh dipercayai sebab tak dapat cadangan dari sesiapa. kalau macam ni kena hantar kereta ke bengkel yg tak dikenali. pastikan bengkel tersebut bukan bengkel yang orang pernah mengadu sebab menipu atau sebagainya. cuba cari punca kerosakan pada kereta tersebut sebelum hantar kereta ke bengkel tersebut.

minta seorang saudara atau rakan yg ada pengetahuan pasal kereta cuba kenal pasti punca kerosakan kereta. kemudian apabila dia sudah kenal pasti punca kerosakan kereta, cuba survey harga kos untuk baiki kerosakan tersebut. kemudian tawakkal pada Allah dan pergi ke bengkel yang tak dikenali dengan seorang rakan yang ada pengetahuan tentang kereta. perhati pembaikian yang dilakukan mekanik. jangan pergi ke kedai kopi untuk minum. perhatikan kerja yg dilakukan. apabila membayar minta waranti untuk kerja yang dilakukan.

kalau pembaikian memakan masa beberapa hari, minta dia keluarkan bil atau resit awal. ini supaya bengkel tersebut tak boleh menambah apa-apa kos tambahan dari kos anggaran. kalau dia mendapati ada kos perlu ditambah, dia perlu menelefon untuk mendapat persetujuan pelanggan sebelum menambah kos tersebut dalam bil atau resit awal. dia tak boleh tambah kos tanpa persetujuan pelanggan. kalau kedai tersebut enggan mengeluarkan resit atau bil anggaran, pergi ke bengkel lain. semasa beberapa hari mereka melakukan kerja pembaikian, pergi ke bengkel tersebut untuk memerhatikan kerja yg dilakukan selama mana masa mengizinkan. kalau ada kos tambahan yang ditambah tanpa persetujuan pelanggan, jangan bayar kos tersebut. bayar apa yang tertera di dalam bil atau resit yang dikeluarkan sebelum pembaikian dilakukan dan kos tambahan yang ditambah dengan persetujuan sahaja. minta waranti ketika pembayaran.

kalau kerja baiki kerosakan berkaitan dengan penukaran alat ganti, yang terbaik, beli sendiri alat ganti tersebut. contohnya gearbox, kalau hendak ganti dengan gearbox second hand, pergi ke kedai kereta potong dan beli gearbox tersebut. kalau hendak tukar dengan gearbox recond, beli di bengkel yang menjual gearbox recond. kerana ada bengkel yang boleh menipu dengan kata dia menukarkan dengan gearbox yang second hand sedangkan dia menggunakan gearbox yang recond.

contohnya untuk kereta wira 1.5, gearbox auto second hand berharga RM1400 dan RM1300 dengan trade-in. kalau gearbox auto recond harganya RM650 dengan trade-in. jadi bezanya, RM1300-RM650 ialah RM650. jadi penipuan sebanyak RM650. begitu juga dengan enjin second hand dan sebagainya.

kalau ada yang rasa tertipu dan merasakan bengkel memasang alat ganti recond sedangkan apa yang pelanggan bayar adalah untuk alat ganti second hand, pergi periksa dgn mekanik yg pandai membezakan alat ganti untuk memastikan apa alat ganti yang digunakan sama ada second hand atau recond.

ingat nombor alat ganti kereta. contohnya gearbox dan enjin ada nombor yang tertulis padanya. ingat nombor tersebut atau tulis nombor tersebut dalam telefon bimbit atau buku.

selalu minta untuk melihat alat ganti yang lama untuk memastikan bahawa penukaran dilakukan dan ambil pulang alat ganti lama tersebut kerana alat ganti lama tersebut milik pelanggan dan pelanggan boleh menjual alat ganti tersebut ke bengkel yang ada kemahiran membaiki alat ganti tersebut.

kalau tak ada yang pandai pasal kereta dan boleh kenal pasti masalah kerosakan, pergi periksa kerosakan di beberapa bengkel contohnya tiga atau empat sebab macam major surgery atau pembedahan, kita kena minta second opinion atau pendapat kedua sebelum membuat pembedahan. kita tak pergi ke seorang doktor dan dia kata perlu buat major surgery dan terus percaya. kena minta second opinion. begitu juga dengan pembaikian kereta. jika semuanya mengatakan kerosakan yang sama, survey harga, dan pergi ke bengkel dengan seorang yang ada pengetahuan asas atau basic tentang kereta. masa periksa kerosakan, jangan benarkan mekanik tanggalkan barang-barang dalam kereta. periksa sahaja. kalau dia nak tanggal juga, pergi bengkel lain. kalau dah tanggal, susah, sebab macam terpaksa baiki kat bengkel tu sebab dah tanggal kena pasang balik. pergi bengkel lebih baik pergi dengan seorang kenalan atau beberapa orang, kerana kalau ada penipuan depan mata atau penipuan terang-terang, boleh lawan kat situ juga. kalau sorang2 apa boleh buat?

tapi yang terbaik ialah kalau kita kenal mekanik yang dipercayai. carilah seorang. insha Allah jumpa. hati tenang dan kepala tak pening. hantar kereta kat dia, dia baiki apa yang perlu sahaja dan tak ada seperti mekanik penipu yang kata kena tukar semua sekali.

kesimpulannya, cara terbaik untuk mengelak kena tipu ialah hantar kereta ke mekanik yang dipercayai. kalau dah kenal, biar hubungan kita sebagai pelanggan dan dia sebagai mekanik berkekalan sampai bila-bila. macam kawan baik. lebih kurang macam doktor. sesetengah orang ada doktor peribadi atau personal doctor yang dipercayai dan yang dah biasa. kalau sakit pergi periksa dengan doktor tersebut. begitu jugaklah lebih kurang dengan mekanik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 04:31 PM | Show all posts
contoh mekanik yang dipercayai ialah cerita en. misnadie di link ni: http://forum.cari.com.my/viewthr ... ;extra=&page=3.

macam dia, kalau apa-apa servis atau pembaikian dia akan ke pergi ke mekanik tersebut. kalau kereta mati tengah jalan atau sebagainya, dia boleh panggil mekanik tersebut. mekanik tersebut datang dengan alat-alat dan cuba baiki kerosakan di tempat kereta tersebut mati. kalau tak boleh baiki kat sana, tarik kereta ke bengkel mekanik tu.

mekanik yang boleh dipercayai sekarang payah nak jumpa. sebab tu org macam en. misnadie sanggup memandu dari kl ke subang jaya untuk servis dan baiki kereta.

bagi aku, perbezaan antara mekanik jujur dengan mekanik tak jujur besar. contohnya mekanik jujur dia akan baiki apa yang perlu dibaiki sahaja. tetapi mekanik tak jujur dia akan baiki lebih dari apa yang perlu dibaiki.

contohnya, kereta hanya perlu pembaikian kecil sahaja tapi mekanik kata kena tukar semua sekali. contohnya ekzos kereta mengeluarkan asap putih kebiruan. mekanik jujur dapati PCV valve perlu ditukar dan kata hanya PCV valve perlu ditukar. kalau mekanik tak jujur, kemungkinan dia akan kata sebuah enjin kereta tu perlu ditukar.

jadi mencari mekanik yang dipercayai penting supaya tak terkena dan tertipu. cara mencari seperti yang dah diberitahu, minta cadangan dari sedara-mara atau rakan2. pergi cuba mekanik tu dgn servis kecil spt tukar minyak hitam, spark plug dan sebagainya. kalau puas hati boleh jadikan dia mekanik yg dipercayai. apa-apa kerosakan hantar kereta ke mekanik tersebut atau hubungi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 10:45 AM | Show all posts
pengalaman aku ..,  pekerja sebuah bengkel kereta , dia yg buat rosak spare part kereta aku.., aku pulak yg kena bayar.., aku cakap kat tokey tu ,dia wak dono jeee.., asal nak buat elemen tayar jee..,    huh...  :@  ,

satu lagi buat elemen tayar ni...,  ade kedai ok ade kedai tak ok...., tak sampai sebulan streng lari lagi..., ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 02:56 AM | Show all posts
pengalaman aku ..,  pekerja sebuah bengkel kereta , dia yg buat rosak spare part kereta aku.., aku pulak yg kena bayar.., aku cakap kat tokey tu ,dia wak dono jeee.., asal nak buat elemen tayar jee..,    huh...  :@  ,

satu lagi buat elemen tayar ni...,  ade kedai ok ade kedai tak ok...., tak sampai sebulan streng lari lagi..., ???matjan Post at 12-7-2011 10:45


sepatutnya kerosakan spare part tu dia yang kena bayar. ini perbuatan tak beretika. cuba buat aduan ke KPDNKK. sepatutnya tokei tu bertanggungjawab. pengalaman kau lebih kurang macam pengalaman aku.

alignment ni sepatutnya buat setiap 10,000 km. kalau tak sampai sebulan dah lari itu tak elok tu. sepatutnya boleh pergi balik kedai tu suruh dia buat balik alignment free.

terima kasih kerana kongsi pengalaman dan info yang ada bengkel tayar yg buat alignment tayar tak ok. kena berhati-hati pilih bengkel nak buat alignment. minta cadangan dari sedara-mara dan rakan-rakan yang mungkin dah ada buat alignment kat bengkel tertentu dah puas hati dgn alignment.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 11:51 PM | Show all posts
good info nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2020 03:00 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Hada barang yang dipatahkang tapi tak bagitau...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076159 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list