View: 45035|Reply: 16
|
.APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
[Copy link]
|
BISA-BERBISA This user has been deleted
|
"Kerjasama Anda Menjelaskan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Akan Menjayakan Pembangunan Untuk Kepentingan Bersama
APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU
Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran
SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN
Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran
MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN
Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.
MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN
Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-
Setengah Tahun Pertama 1 Jan - 30 Jun
Setengah Tahun Kedua 1 Jul - 31 Dis
BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN
Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-
TEMPOH Tarikh Akhir
Setengah Tahun Pertama 31 Mei Setiap Tahun
Setengah Tahun Kedua 31 Oktober Setiap Tahun
APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA
Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.
KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL
Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.
Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.
APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI
Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.
BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI
Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.
JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN
Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.
TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
Perlaksanaan waran tahanan harta alih.
Pelelongan harta alih yang dirampas.
Tindakan mahkamah.
P/s : Semua cukai taksiran MAJLIS-MAJLIS telah dihantar pada bulan JULAI ini
Harap dapat menjelaskan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan
Jangan tunggu BIL sampai terus ... sahaja ke PEJABAT PBT dengan
menyertakan NO KAD PENGENALAN atau BIL LAMA |
|
|
|
|
|
|
pantun-man This user has been deleted
|
bro...cukai tanah pulak camner? |
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
BISA-BERBISA This user has been deleted
|
Cukai tanah nie murah je ... tapi ramai yg liat nak bayar terutamanya yg duduk rumah teres sedangkan pada hakikatnya kami yg duduk flat nie pun kongsi-kongsi kena bayar |
|
|
|
|
|
|
zBs This user has been deleted
|
entah lah rumah aku pun tak pernah kena bayar cukai pintu |
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
haaaaa ... sekarang dah nak masuk bulan 3. baik korang ingat .. dah bayor cukai pintu/tanah ke belum? kalau belum ... lekas ler bayor. kalau tak dapat lagi bill assessment tu elok ler pergi ke majlis perbandaran memasing dapatkan bill dan terus bayar ..
itu salah satu tanggungjawab kita jugak tu sebagai rakyat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bangunan yg didirikan belum siap pun dikenakan cukai pintu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tanah kosong pun kena cukai pintu
tapi harga cukainya berbeza |
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
Originally posted by azaleena at 2004-6-2 03:57 PM:
kalau bangunan yg didirikan belum siap pun dikenakan cukai pintu ke?
tak kena. kena cukai tanah je. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai pintu kat sini, dorang kira berapa buah pintu kat rumah ko, then satu pintu dia charge berapa aku lupa, sebab aku tak tinggal kawasan bandaran.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Paja at 2004-6-3 10:10 AM:
tak kena. kena cukai tanah je.
emm .. ada kes tu .. rumah tak siap, tapi dah kena cukai pintu since 3 yrs ago ... cemana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Paja at 2004-6-3 10:10 AM:
tak kena. kena cukai tanah je.
silap tu cik kak
still kena bayor
walaupun tanah kosong
tupasai ianya lebih dikenali ngan cukai taksiran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 2004-6-3 10:44 AM:
Cukai pintu kat sini, dorang kira berapa buah pintu kat rumah ko, then satu pintu dia charge berapa aku lupa, sebab aku tak tinggal kawasan bandaran....
cukai tu dikira dari keluasan bangunan tu
dan dari kadar pembayaran sewa semasa jika bangunan itu disewa |
|
|
|
|
|
|
Paja This user has been deleted
|
Originally posted by TUKANGKEBUN at 2004-6-3 11:25 AM:
silap tu cik kak
still kena bayor
walaupun tanah kosong
tupasai ianya lebih dikenali ngan cukai taksiran
terima kasih sebab betulkan ...
dah check ... walaupun tanah kosong .. memang kena bayar cukai pintu.
azaleena,
kalau rumah tak siap lagi ... memang tak payah bayar. kalau rumah projek terbengkalai ... lagi la tak payah bayar. kalau kena bayar ... kena buat aduan. PBT memang tak boleh collect cukai pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk makluman semua cukai taksiran (pintu) untuk semua majlis daerah dan perbandaran telah dikeluarkan bermula 1hb Julai 2004 yang lalu.
Tempoh pembayarannya adalah dari 1hb Julai hingga 31hb Ogos 2004
Jika tidak dapat bil cukai tersebut boleh mengunjugi mana-mana pejabat majlis temapatan dikawasan saudara |
|
|
|
|
|
|
|
semakin majunya nya sesebuah negeri atau tempat semakin menyusahkan kita hamba rakyat....bantuan yg diberi tidak ikhlas walaupun daripada pentadbir dan mereka lupa semua itu tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat. jalan dibin tol kena bayar, rumah bersistematik- taksiran perlu bayar. jamban canggih yuran pembentungan kena bayar, api air semakin meningkat walaupun mengunakan sumber alam yang tidak putus sumbernya....jadi dimana kan kesenangan anda dinegeri maju.......:cak:
yang kaya ok lah. yg cam kita ni tengah bulan ditu habis apa cerita................bayar tetap kena bayar walaupun miskin sama harganya dengan yg kaya.nasib baik lah negeri ku tidak sebegini...............:cak::cak::cak:;) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|