View: 9850|Reply: 12
|
KESALAHAN DALAM BAHASA MELAYU,, JOM BERDISKUSI.
[Copy link]
|
|
salam semua,,
tak payah mukadimah panjang lebar, aku straight to the point la yek..
Korang perasan tak banyak jugak kesalahan ( tak kira la kesalahan dalam tatabahasa or penggunaan bahasa) dalam bahasa melayu yang sering orang buat. tak kira lah penulis novel, wartawan or org kebanyakan. kalau korang perasan or ternampak dalam surat khabar or lam majalah ke, share-share la kat sini,, buat menambah ilmu gitew,,
Sebab aku yang post thread ni, aku start dulu hockay..
1. aku selalu perasan org surat khabar or kat mana2 pun akan guna perkataan " dimana" instead of "yang mana" dalam sesuatu ayat penyata. cth: org selalu guna : Ramli adalah seorang yang gagah dimana dia mampu mengalahkan 5 lelaki dalam satu masa. tu salah sebab perkataan "dimana" tidak boley digunakan dalam sesuatu ayat penyata., "dimana" itu perlu digantikan dengan "yang mana". ke berbelit2 penerangan aku ni??
2. orang selalu sebut,, muhrim utk menggambarkan orang seseorang yang tak boleh berkahwin dengan mereka, sedangkan perkataan yang betul adalah MAHRAM. muhrim tu merujuk kepada orang yang sedang dalam umrah.korang sebut sumbang muhrim ke sumbang mahram?? btw, ni sebenarnya perkataan asal Bahasa Arab, tp aku nk sentuh jugak sbb skarang dah jadi mcm bahasa melayu..
3. aku bagi contoh ayat. 1. Dia resah dari semasa ke semasa. ( betul)
2. Dia resah dari masa ke semasa ( Salah)
3. Dia resah dari masa ke masa ( betul)
yang nombor 3 ni aku tak pandai nk explain.. thee.. heehe..
4. Aku juga perasan ramai yang guna kata sendi "di" digunakan utk MASA DAN WAKTU. itu pun salah jugak dari segi tatabahasa. contoh: di suatu hari, di kala itu, di saat-saat genting, di kurun ke 20,,. Yang sesuai digantikan adalah 'pada'
p/s: korang tambahla lagi,, aku pn bdk baru belajar,, kalo salah tolong betulkan.. momod, kalau benang ni dah ada, sila buat apa yang patut ek.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg aku perhatikan pun banyak jugak. xkire lah sape2 yang guna. antaranya :
1- orang selalu sebut 'di kalangan', yang sebetulnya ialah 'dalam kalangan'.
2- sesetengah orang suka guna perkataan 'justeru itu' dan 'justeru'. seingat aku lahh, masa zaman sekolah dulu, cikgu aku penah kata perkataan itu sudah tidak boleh digunakan lagi.
3- ada jugak sesetengah yang suka sebut 'sesetengah-sesetengah' sedangkan yang betul ialah 'sesetengah'. ada juga yang suka sebut 'semua budak-budak' sedangkan yang sebetulnya ialah 'semua budak'.
4- sesetengah orang tak tahu perbezaan antara 'kedua ibu bapa' dengan 'kedua-dua ibu bapa. dorg semua maen guna je. 'kedua ibu bapa' ini bermaksud ibu bapa yang kedua. makna nya ada ibu bapa yang pertama dan kedua dan ketiga. 'kedua-dua ibu bapa' pula bermaksud.. errrr.. kedua-dua ibu bapa kita lahh.
ps : ni hanya lah pendapat aku. dan pemerhatian aku. dan sedikit ilmu intuk dikongsikan bersama. maaf lahh kalu tersalah dan tersilap. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi nak tambah..
biasanya kita guna perkataan jamak bila sesuatu benda tu lebih daripada satu. contohnya
1. sekolah-sekolah
2. rumah-rumah
3. kereta-kereta etc
tapi ada sesetengah perkataan yang walaupun benda tu tunggal, tapi kite perlu jugak sebut dia secara jamak.
contohnya
1. kanak-kanak. ( walaupun sorang je budak tu, kite tak boley tulis kanak je.)
2. rama-rama
3. anting-anting
lagi kalau korang jumpa perkataan lain,sile2 lah tambah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oleh kerana = salah
oleh sebab = betul
sebabnya aku tak tau nak explain...nie teringat masa cikgu ajar karangan masa kat sekolah... |
|
|
|
|
|
|
|
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
contoh ayat : Kakak saya sedang menyenduk gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh lain :
Mira Kedai Kain = Salah
Kedai Kain Mira = Betul
Cili sos = salah
Sos cili = betul
Mini perpustakaan = salah
Perpustakaan mini = betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kata sendi
Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
Contoh :
Ana suka durian = salah
Ana suka akan durian = betul
Ayah sudah pergi pejabat = salah
Ayah sudah pergi ke pejabat = betul
Saya bertemu Hannah di kedai tadi = salah
Saya bertemu dengan Hannah di kedai tadi = betul |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak tanya mengenai:
Contohnya seperti
Contohnya,
Sebagai contoh,
Contohnya adalah seperti
Ada orang cakap penggunan "contohnya seperti'' adalah penggunan yg kurang betul sebab contoh, seperti adalah dua perkataan yang hampir sama makna, jadi penggunaan kedua2nya adalah satu lambakan atau pembaziran. Contohnya, atau Sebagai contoh, adalah penggunaan yg lebih sesuai. Tapi kesesuaian yg dimaksudkan adalah dari segi permulaan ayat. Jika penggunaan di pertengahan ayat agak sesuai. Ada sesiapa boleh tolong terangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Penggunaan kata ganda yang tidak tepat. Contohnya
1) Para-para (salah)
Para (betul)
2) Orang-orang (salah, maksudnya patung yang halau burung kat sawah padi tu)
Orang (betul)
Maka, selalu org guna 'orang-orang tua' (salah), patutnya 'orang tua-tua'.
Kalau salah tolong betulkan ya. ^_^ |
|
|
|
|
|
|
|
bobba posted on 22-6-2011 10:52 PM
yg aku perhatikan pun banyak jugak. xkire lah sape2 yang guna. antaranya :
1- orang selalu sebut ...
3- ada jugak sesetengah yang suka sebut 'sesetengah-sesetengah' sedangkan yang betul ialah 'sesetengah'. ada juga yang suka sebut 'semua budak-budak' sedangkan yang sebetulnya ialah 'semua budak'.
***********************************************************************
Kalau dalam English, kesalahan ni disebut 'redundancies' ... 'semua' tu dah banyak (plural) dan 'budak-budak' tu pun banyak (plural).
So, 'semua budak-budak' memang salah. |
|
|
|
|
|
|
|
tahihidungmasin posted on 5-3-2013 04:14 PM
3- ada jugak sesetengah yang suka sebut 'sesetengah-sesetengah' sedangkan yang betul ialah 'sesete ...
yup. memang tu adalah kesalahan bahasa. tapi ramai yang tak menyedari. termasuklah diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
penggunaan kata pemeri ialah dan adalah selalu juga disalahgunakan. contohnya,"Pemenangnya adalah Amin bin Selamat sepatutnya ayat yang betul "pemenangnya ialah Amin bin Selamat" kata pemeri ialah digunakan dihadapan kata frasa nama manakala kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa sendi nama.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|