CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Godam: 'Aku yang bernama Muslim @ Melayu'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BERITA mengenai seorang bapa berbangsa Melayu yang sanggup mencuri biarpun hanya RM20 wang tabung masjid, lalu dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tindakan seorang ketua keluarga Melayu, mengheret seisi keluarga termasuk anak kecilnya lekat dalam benak penulis.\rLekat kerana sedih dengan perilaku pesalah pertama itu menggadaikan maruah diri, bangsa dan agama hanya kerana RM20, manakala maruah diri pesalah kedua hanya terletak pada beberapa kotak rokok dan coklat yang disamunnya di stesen minyak Bandar Baru Permas Jaya.\r\n\n\n\n\rJika difikirkan dari segi logik akal, apalah sukarnya untuk mengumpulkan RM20 atau membeli beberapa kotak rokok dan coklat, jika kedua-dua pesalah berfikir panjang bagi mendapatkan wang diperlukan dengan melakukan pekerjaan halal yang hanya memerlukan ‘pengorbanan’ tulang empat kerat.\r\r\n\n\n\n\nJika pendatang asing sanggup datang ke Malaysia sama ada memasuki negara ini secara halal atau haram, semata-mata bagi mendapatkan pekerjaan sehingga sesetengahnya menyifatkan Malaysia sebagai lubuk emas, amat tidak masuk akal jika orang Malaysia sendiri tidak melihat hakikat ini!\rKedua-dua berita itu juga menjadi bahan gebang penulis dengan seorang teman yang meskipun tidak memberi sokongan kepada mereka berbuat demikian kerana salah di sisi undang-undang dan moral, tetapi mengharapkan kedua-dua individu itu lebih ‘bijak’ jika mahu jadi kaki putar alam.\r“Jika kamu sedih dengan kedua-dua berita itu, saya pula marah kerana ia sememangnya mengaibkan bangsa Melayu dan menambah beban penghinaan kepada Islam yang sedia dihina musuh sehingga segala berkaitan keganasan dikaitkan dengan Islam.\r“Jika hendak tunjuk samseng, buat betul-betul. Kalau nak merompak sekalipun, samun berbilion ringgit. Baru berbaloi disabitkan kesalahan dan mengaibkan diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa. Tiada gunanya tunjuk samseng untuk jumlah sekecil itu.”\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, jika ada yang menganggap salah laku dua individu terbabit adalah terlalu kecil untuk dikaitkan dengan maruah Islam, bagi penulis ia suatu kesilapan kerana salah tetap salah dan dosa tetap dosa, kesannya sememangnya terpalit pada agama suci itu.\rTindakan pesalah kedua mengenakan jubah ketika melakukan rompakan bersenjata, memburukkan lagi citra Islam yang sedia cuba diburukkan oleh kelompok tertentu baik di negara ini mahupun di negara luar sehingga apa saja bernama Islam dikaitkan dengan keganasan.\rHakikat citra Islam sengaja diburukkan dan diperbesar-besarkan sejak 11 September 2001 tiada siapa boleh menafikannya dan peristiwa itu sengaja dijadikan alat propaganda Barat bagi mendapatkan sokongan dunia, termasuk di kalangan negara Islam.\rAnehnya perbuatan Israel menduduki bumi Palestin secara paksa sejak 1948 tahun, tidak pula dikaitkan dengan keganasan dan hanya dipandang sebelah mata negara yang kononnya mahu mengamankan dunia sedangkan puluhan ribu rakyat Palestin tersingkir dan terkorban.\rSilap tanggap terhadap Islam ini perlu diperbetulkan segera demi kepentingan umat Islam seluruh dunia dengan bersatu dan berani menyuarakan pendirian kerana jika tidak, selagi itu agama suci itu akan terus diperlekehkan.\rLihat saja bagaimana suatu festival fesyen yang dikaitkan dengan Islam dan berlangsung di Kuala Lumpur, tetapi modelnya mengenakan pakaian mendedahkan aurat dengan kalimah junjungan besar nabi Muhammad SAW diletakkan di tempat tidak sepatutnya!\rSesiapa yang pernah menerima foto berhubung festival fesyen ini, tentunya beristighfar panjang dan lebih menyedihkan apabila tiada seorang pun ulama termasuk yang pernah dinobatkan sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah menegur, apalagi majlis agama islam negeri mahupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegurnya!\rBusana Islam juga sering disalah guna di kalangan mereka yang ditangkap melakukan kesalahan jenayah mencuri, berkhalwat dan lebih buruk lagi di kalangan bukan Islam yang ditangkap mendera pembantu rumah.\rBagi kelompok ini yang ada kalanya memakai tudung menampakkan jambul ayam, mereka mahu wajah sebenar disorok daripada pengetahuan umum, tetapi bagi mereka yang sememangnya berbusana sedemikian demi memenuhi tuntutan Islam, ia adalah suatu penghinaan!\rSama seperti ketika Azlina Jailani yang dilahirkan sebagai Islam pada 1964 dan memutuskan diri murtad apabila memeluk Kristian pada 1998 dan mengguna pakai nama Lina Joy, meskipun perkara terbabit haknya dari segi hak asasi manusia dan kebebasan beragama, tetapi tindakannya itu sebenarnya menghina Islam.\rBegitu juga dengan kes seorang lelaki Melayu warganegara Singapura yang berkahwin dengan wanita Cina, tetapi enggan memeluk Islam sehingga si anak mengambil jalan keluar mengaku diri sebagai Katolik dan memakan makanan yang diharamkan.\rSemua ini menakutkan untuk Melayu yang beragama Islam dan sedar akan kewujudannya di muka bumi ini, lalu bertanya kepada diri sendiri, apakah sudah melakukan tanggungjawab sepatutnya sebagai seorang Muslim atau kepentingan duniawi serta peribadi mengatasi segala!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.302885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list