View: 122|Reply: 0
|
Komited jayakan matlamat APEC
[Copy link]
|
|
Malaysia ulangi komitmen terus laksana langkah kekalkan pasaran terbukaMALAYSIA komited menjayakan semua matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan berharap setiap negara anggota rim ekonomi berkenaan memainkan peranan mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan apa yang dirancang menjadi kenyataan.\rKetua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata Malaysia juga mengulangi keyakinan terhadap pelaksanaan sistem perdagangan pelbagai hala dan sedia bergandingan bersama ekonomi APEC yang lain untuk tujuan itu.\r\n\n\n\n\r “Kita mesti mengelakkan amalan perdagangan diskriminasi timbul semula. Dalam hal ini, Malaysia terus melaksanakan dasar liberalisasi bagi mewujudkan suasana kondusif untuk komuniti perniagaan. Langkah ini menunjukkan komitmen mengekalkan pasaran terbuka,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n Bercakap kepada wartawan ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC di Big Sky, Montana, kelmarin, beliau berkata, Malaysia menyokong program menjayakan pertumbuhan hijau dan percaya ia membantu pertumbuhan ekonomi berterusan.\r“Kita serius menyediakan suasana kondusif termasuk insentif dalam usaha menggalakkan pembangunan industri teknologi hijau di Malaysia. Kita percaya kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi hijau memberi manfaat kepada setiap negara anggota APEC, malah kita menawarkan pasaran sedia ada dalam teknologi hijau dan produk eko, terutama tenaga solar.\r“Untuk mencapai hasrat APEC yang mahu tenaga bersih pada masa depan, Malaysia berharap anggota kerjasama ini, terutama negara maju membantu merapatkan jurang teknologi melalui perkongsian kepakaran,” katanya.\rAspek lain mendapat komitmen Malaysia, katanya, adalah pengurusan hutan dan menangani isu berkaitan produk perhutanan bersumberkan pembalakan haram dengan negara memberi jaminan kepada pembeli antarabangsa yang balak dan produk berasaskan hasil hutan itu dari Malaysia adalah daripada sumber yang sah.\r\n\n\n\n\r“Malaysia turut mengalu-alukan cadangan China menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Perhutanan APEC di Beijing September ini yang diharap dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam menggalakkan perdagangan produk perhutanan daripada sumber yang sah,” katanya.\rTerdahulu Sta Maria yang mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sidang kali ini, menyertai menteri perdagangan atau wakil dari sembilan negara berbincang dan bertukar pendapat mengenai Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) yang dipengerusikan Menteri Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Tim Groser.\rTurut serta, Menteri Perdagangan Australia, Craig Emerson; Menteri Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan Brunei, Lim Jock Seng; Timbalan Menteri Perdagangan Chile, Jorge Bunster; Menteri Perdagangan Luar dan Pelancongan Peru, Eduardo Ferreyros Kuppers; Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, Ow Foong Pheng; Wakil Perdagangan AS, Ron Kirk dan Menteri Perancangan dan Pelaburan Vietnam, Vo Hong Phuc.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|