View: 141|Reply: 0
|
Surat: Guru wajar bersyukur khidmat tetap dihargai
[Copy link]
|
|
TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan hadiah paling istimewa sempena Hari Guru tahun ini. Walaupun saya bukan dI kalangan guru, namun saya bangga kerana pernah mendapat khidmat guru ketika bersekolah pada masa lampau.\rSaya terpanggil untuk mengutarakan rasa kesyukuran di atas pengumuman Perdana Menteri dan komitmen kerajaan terhadap guru.\r\n\n\n\n\r Pengumuman itu memperlihatkan kerajaan mengambil berat dan sentiasa memartabatkan kerjaya perguruan.\r\r\n\n\n\n\n Kini peluang kenaikan pangkat golongan ini semakin bertambah baik, melalui pewujudan empat kategori guru iaitu guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan guru pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun berkhidmat.\rJika dibandingkan dengan masa lampau, beban tugas guru hari ini semakin berat dan mencabar seperti mengurus kewangan, pentadbiran sekolah, hal ehwal akademik, kokurikulum, kemasyarakatan dan berbagai-bagai lagi. \rGuru juga bertanggungjawab untuk melonjakkan keputusan peperiksaan saban tahun yang menjadi harapan ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya.\rSemoga dengan pengumuman kaedah dan naik pangkat guru menjadi pencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas.\r\n\n\n\n\rBaru-baru ini ada rungutan di kalangan guru sama ada berkhidmat di sekolah rendah, mahupun di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Hendaknya bersyukurlah mereka kerana mempunyai pekerjaan dan jaminan kerja yang baik. \rDi luar sana masih ramai yang tidak dapat berkhidmat dengan kerajaan bukan kerana tidak mempunyai kelulusan akademik serta bakat dan kreativiti tetapi kerana tidak terpilih sebagai guru kerana tempat yang terhad.\rSaya memohon guru itu memberikan reaksi positif terhadap pengumuman kerajaan kerana saraan gaji guru kini semakin baik dan dinamik, demikian juga peluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi.\rHendaknya guru jangan mengejar pangkat dan gaji tinggi saja. Jauh daripada itu tugas mendidik anak bangsa hingga menjadi insan berkualiti dan mampu membina tamadun baru lebih diutamakan. \rLihat bagaimana guru pada suatu masa dulu bukan saja menjadi guru di sekolah, bahkan menjadi guru juga di kalangan masyarakat sehinggakan sudah bersara pun tetap dipanggil cikgu dan mampu pula menggerakkan rakyat untuk meniup semangat nasionalisme bagi menuntut kemerdekaan dengan mengusir penjajah melalui kaedah pendidikan dan pembelajaran.\rYOSRI ABU MAHSIN,Kota Belia, Putrajaya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|