CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Surat: Perbadanan Putrajaya tegas tak bertempat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SAYA ingin membangkitkan mengenai kompaun yang dikenakan di Putrajaya, yang pertama berkaitan dengan kesalahan meletak kereta di sebelah kanan bangunan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, menghadap ke Lebuh Ehsan. \rCatatan di dalam kompaun itu menyatakan saya meletakkan kereta di siar kaki. Bayangkan di hadapan bangunan memang ada siar kaki selebar kira-kira semeter, kemudian terdapat petak selebar empat meter kali empat meter yang bersambung dengan siar kaki lagi.\r\n\n\n\n\rIa memang menyerupai petak letak kereta dan saya lihat memang ada dua kereta diletakkan di situ pada pagi itu. \r\r\n\n\n\n\nSebelum itu saya melihat di sekitar kawasan dan puas hati bahawa tiada tanda dipamerkan tidak membenarkan kereta diletakkan di situ. \rSaya meletakkan kereta dan terus ke mesyuarat yang ingin dihadiri.\rKes kedua saya alami ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selepas meletakkan kereta jam 8.50 pagi, saya ke mesin berhampiran dan masukkan duit siling untuk tempoh tiga jam. \rNamun, tiada tiket keluar daripada mesin itu. Kemudian datang dua orang lagi menyatakan mereka juga mengalami nasib sama pada dua mesin lagi tidak jauh di situ. \r\n\n\n\n\rKami kemudian sependapat untuk terus ke mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi.\rSebaik selesai mesyuarat, saya mendapati notis kompaun pada cermin hadapan kereta.  \rSaya mencadangkan penguatkuasa berada di kawasan yang diselianya pada waktu puncak dan bukan ketika orang lain sedang menghadiri mesyuarat. Cara ini lebih menunjukkan sikap prihatin Perbadanan Putrajaya. \rSekiranya mereka meninjau kawasan ketika ketiadaan orang, memang seronoklah mereka mengeluarkan  kompaun tetapi masalah itu akan berterusan tanpa penyelesaian. \rSaya memohon pengurusan Perbadanan Putrajaya melihat perkara ini dan tidak melaksanakan kerja seperti melepas batuk di tangga.\rPEMANDU BERADAB,Putrajaya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.283956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list