CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Siti Aminah didik Nabi Muhammad berjiwa kental

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SITI Aminah adalah wanita yang tabah mengharungi cabaran hidup biarpun kehilangan suami pada saat  sarat mengandung. Ketabahannya sebagai ibu tunggal dapat dilihat apabila beliau tidak berkahwin lain selepas pemergian suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib. \rBeliau begitu mementingkan kesejahteraan anaknya, Muhammad dengan memberikan yang terbaik buatnya. Sebagai ibu, Aminah begitu mementingkan cara didikan demi memastikan anaknya memiliki sahsiah terpuji. \r\n\n\n\n\r  Ibu yang melahirkan Nabi Muhammad, nabi junjungan kita bukan calang-calang orangnya. Beliau mempunyai kekuatan jiwa  hebat kerana mampu mengawal kesedihan emosi walaupun kehilangan orang tersayang.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam perjalanan pulang dari Syam,  ketika sampai di kota Yathrib (Madinah), Abdullah tiba-tiba jatuh sakit dan beliau  terpaksa ditinggalkan rakan perniagaannya yang pulang ke Makkah.\rKetika  sakit, Abdullah menumpang di rumah orang Quraisy daripada keturunan Ady  di Yathrib. Berita keadaannya yang jatuh sakit sampai ke pengetahuan ayahandanya, Abdul Mutalib.\rAbdul Mutalib mengamanahkan anak sulungnya, Harith, supaya memastikan keadaan Abdullah baik di sana. Sebaik menjejakkan kaki di kota Yathrib, Harith dimaklumkan adiknya Abdullah sudah meninggal dunia dan  dikebumikan beberapa hari sebelumnya.\rBerita pemergian Abdullah akhirnya sampai ke pengetahuan Aminah yang menerima hakikat kematian suaminya  sebagai qada dan qadar-Nya.  \r\n\n\n\n\rDi sebalik kerinduan kerana sudah lama tidak bertemu suami tercinta, khabar kematian suaminya,   berita  mendukacitakan. Pada saat cinta kepada suami mula bersemi, Allah menjemput suaminya kembali ke pangkuan-Nya.\rPada saat Abdullah menghadap Ilahi buat selama-lamanya, Aminah disahkan mengandung tiga bulan. Aminah mengharungi saat mengandung tanpa suami di sisi dengan penuh kesabaran.\rTanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi, lahirlah Nabi Muhammad dengan penuh rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Insan paling gembira mendengar perkhabaran itu adalah Abdul Mutalib.\rAnak  yang  baru dilahirkan itu dipeluk dan didukung serta dibawa bertawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kepada-Nya.\rRasulullah dikembalikan semula ke pangkuan Aminah, umur beliau mencecah empat tahun. Biarpun tidak mempunyai bapa, beliau masih lagi mempunyai ibu yang penyayang.\rApabila Nabi Muhammad berusia enam tahun, sudah tiba masanya Aminah membawa anaknya itu menziarahi keluarganya dan pada masa yang sama peluang itu diambil bagi menziarahi makam suaminya.\rSelama sebulan Aminah dan Nabi Muhammad serta Ummu Aiman iaitu pengasuhnya berada di Madinah, akhirnya mereka kembali ke Makkah. Dalam perjalanan pulang, Aminah tiba-tiba jatuh sakit di tempat bernama Abwaa. \rBeberapa hari kemudian beliau meninggal dunia dan dikebumikan di tempat itu. Perginya ibu tercinta, menjadikan Muhammad anak yatim piatu. Beliau dibawa kembali ke Makkah oleh Ummu Aiman dalam keadaan berdukacita. \rHidup sebatang kara tanpa kasih daripada insan yang bergelar ibu dan bapa menjadikan Nabi Muhammad berjiwa kuat dan tabah menghadapi suratan takdir. Benarkan ungkapan yang berbunyi kekuatan jiwa seorang anak lahir daripada kekuatan jiwa seorang ibu. \rBuku 10 Tokoh Idola Muslimah

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.096528 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list