View: 142|Reply: 0
|
Schiavone mudah benam Oudin
[Copy link]
|
|
Juara bertahan tempah tempat ke pusingan kedua Terbuka PerancisPARIS: Juara bertahan Francesca Schiavone mudah membenam pemain Amerika, Melanie Oudin 6-2 6-0 untuk menempah tempat ke pusingan kedua Terbuka Perancis apabila saingan grand slam gelanggang tanah merah itu membuka tirai di bawah cuaca panas, semalam.\rSelepas pembukaan kurang menarik tumpuan tanpa aksi enam pilihan teratas, pemain pilihan kelima Schiavone itu menjadi pemain pertama membuka langkah tetapi hanya memerlukan kira-kira sejam untuk menewaskan pemain ranking ke-88 dunia itu.\r\n\n\n\n\r Peminat masih beratur di luar Roland Garros dan gelanggang Philippe Chatrier ketika Schiavone melambaikan tangan tanda terima kasih dengan senyuman lebar.\r\r\n\n\n\n\n Pemain berpengalaman Slovakia, Daniela Hantuchova turut menamatkan impian Zhang Shuai untuk menjadi pemain China pertama melangkah ke pusingan kedua tahun ini, apabila Hantuchova, 28, menang mudah 6-3, 6-3 dalam penampilan kali ke-10 di Roland Garros.\rHantuchova akan berdepan sama ada pemain Amerika, Christina McHale atau pemain Itali Sara Errani di pusingan kedua.\rSementara itu, pemain tuan rumah Aravane Rezai yang dibelenggu masalah keluarga dan melakukan 44 kesilapan, tersingkir kepada pemain Romania, Irina-Camelia Begu 6-3, 6-3 dan bergegas meninggalkan gelanggang Suzanne Lenglen dengan tangisan.\r“Memang ini bukan saat terbaik saya bermain tenis,” kata Rezai yang mempunyai darah Iran tetapi kini berpisah dengan keluarganya selepas bertelingkah dengan bapanya Januari lalu.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak hadir dengan persiapan 100 peratus langsung. Saya hanya bermain kerana sayangkan tenis dan berharap akan kembali ke kejohanan ini tahun depan.\r“Saya mahu pulang dengan fikiran tenang dan gembira. Ada perkara penting lain dalam kehidupan ini.” – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|