View: 145|Reply: 0
|
Kem Susu Ria Dutch Lady-BH bermula
[Copy link]
|
|
KEM Susu Ria Dutch Lady anjuran bersama Berita Harian dijadual berlangsung di lapan lokasi terpilih iaitu di Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor bermula 28 Mei ini.\rKem separuh hari itu membabitkan murid sekolah rendah bermula Tahun Empat hingga Enam bertujuan mendidik peserta mengenai kebaikan pengambilan susu setiap hari serta amalan gaya hidup sihat.\r\n\n\n\n\r Lokasi pertama Sabtu ini berlangsung di Perpustakaan Awam Pahang dan hari berikutnya di Perpustakaan Awam Terengganu dengan seramai 100 orang dijangka ikut serta.\r\r\n\n\n\n\n Pelbagai aktiviti disediakan antaranya pengenalan kepada nutrisi, proses penghasilan susu dan chef cilik Dutch Lady. Setiap peserta berpeluang menerima hadiah tajaan Dutch Lady Milk Industries dan sijil penyertaan.\rKem bermula tahun adalah sebahagian aktiviti menarik menerusi Program Berita Harian-Dutch Lady @ Sekolah 2011 yang dilancarkan secara rasminya oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.\rAntara program lain yang dijalankan ialah Who’s The Genius? Cabaran Nasional 20121 yang menyaksikan setiap sekolah akan berentap untuk masuk ke pertandingan peringkat kebangsaan pada November ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|