View: 199|Reply: 0
|
Pemohon kena semak dalam 'UPU online'
[Copy link]
|
|
MERUJUK kepada surat bertajuk \'UiTM tak tawar ijazah berkaitan\' oleh \'pembela rakan\' dari Seremban, Negeri Sembilan dalam ruangan ini pada 7 Mei lalu.\rIngin saya maklumkan bahawa permohonan fasa kedua bagi sesi kemasukan September 2011 untuk pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi adalah melalui \'UPU online\' yang dibuka pada 18 Mei lalu.\rBuat pengetahuan, kemasukan September ini adalah kemasukan arus perdana di UiTM. Pada masa inilah UiTM dan juga semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima kemasukan majoriti pelajari lepasan STPM/STAM/Matrikulasi (termasuk Matrikulasi Teknikal).\r\r Oleh itu, UiTM menyenaraikan beberapa kursus yang akan ditawarkan kepada setiap pelajar untuk kemasukan pada sesi berkenaan. Ini termasuk kursus dalam bidang kejuruteraan seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Proses) kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Bioproses) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Minyak dan Gas).\r\n\n\n\n\n\rNamun, buat masa ini UiTM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia saja kepada lepasan Matrikulasi Teknikal. Bagaimanapun, pihak kami sedang mengkaji kemungkinan akan menawarkan program kejuruteraan lain kepada lepasan Matrikulasi Teknikal pada masa akan datang.\rPengadu disarankan menyemak semula syarat kemasukan melalui ‘UPU online’ untuk mengelak kekeliruan.\rPROF MADYA DR AHMAD REDZUAN ABD RAHMAN,\rPenolong Naib Canselor UiTM.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|