View: 71|Reply: 0
|
Trio olahraga 'cabut' ke Bulgaria
[Copy link]
|
|
Zolkples terperanjat bagaimana tiga atlit sudah berlepas ke luar negara\rTIGA lagi atlit olahraga yang masih belum ‘menyerah diri’ kini dipercayai berada di Bulgaria - dua hari lebih awal daripada jadual program yang diatur Majlis Sukan Negara (MSN).\r\n\n\n\n\rPerkara itu didedahkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang berkata, jika benar ketiga-tiga atlit itu berada di sana, mereka bakal berdepan tindakan keras kerana sudah melakukan kesalahan selain gagal melapor untuk ujian antidoping serta gagal dihubungi pihak berwajib.\r\r\n\n\n\n\n“Mengikut program latihan MSN, mereka sepatutnya berlepas esok (hari ini) tetapi saya mendapat tahu mereka kini sudah pun berada di negara berkenaan. Siapa yang menghantar dan membiayai pemergian mereka ke sana ketika MSN cuba mengesan mereka sejak Isnin lalu?,” katanya.\rKatanya, dia menerima panggilan daripada Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam bagi mendapatkan gambaran sebenar me璶genai kes berkenaan yang hanya diketahui melalui media sebelum dihu璪ungi pegawai KOAM.\r“Presiden KOAM itu ada menghubungi saya bagi mendapatkan gambaran sebenar dan beliau sendiri mengakui tidak mengetahui mengenai ujian antidoping serta perancangan berlatih di Bulgaria. \r“Saya minta Shahidan sendiri menyiasat dan membersihkan persatuannya daripada pegawai yang tidak bertanggungjawab,” katanya.\r\n\n\n\n\rSebelum ini, enam atlit olahraga ‘bikin kecoh’ apabila lari daripada menjalani ujian antidoping namun tiga daripadanya tampil menyerah diri, kelmarin dan bersemuka dengan Zolkples bagi mendapatkan pandangan dan menerangkan tindakan mereka ‘lari’ daripada menjalani ujian berkenaan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|