CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 1

Revolusi Iran cetus perkembangan Syiah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
ISU perkembangan Syiah di negara kita sejak kebelakangan ini adalah ulangan polemik yang pernah muncul pada 1990-an berikutan penangkapan beberapa penganut Syiah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). \rMajoriti penganut Syiah yang wujud di negara hari ini adalah generasi pelapis kepada generasi 1990-an yang begitu aktif mengendalikan beberapa markas Syiah di utara dan selatan tanah air, termasuk juga di Sabah dan Sarawak. \r\n\n\n\n\r Markas Syiah, Hauzah al-Ridha yang beroperasi di Taman Seri Gombak, adalah pusat terbesar bagi dakyah Syiah di wilayah tengah Semenanjung berfungsi sebagai penyelaras bagi segala kegiatan Syiah untuk kebanyakan markas Syiah di negara ini. \r\r\n\n\n\n\n Sedar atau tidak, perkembangan ajaran Syiah di negara ini adalah kesan langsung daripada Revolusi Iran 1979 yang dieksport ke seluruh dunia dengan membawa dua agenda penting iaitu menukar pegangan umat Islam di seluruh dunia kepada ideologi Syiah dan mengembangkan empayar Parsi  khususnya di rantau Teluk.  \rRevolusi ini dieksport ke negara luar dengan membawa slogan membela golongan mustadh’afin (orang lemah) daripada penindasan  kelompok mustakbirin (rejim jahat) dengan menjadikan perjuangan Khomeini menumbangkan kerajaan monarki Shah Iran dan sokongan mereka kepada rakyat Palestin menentang penjajahan Israel sebagai contoh.\rMenerusi dua slogan ini, pemikiran revolusi Iran berjaya menembusi gerakan Islam sedunia termasuk di rantau Asia Tenggara yang begitu dahagakan seorang ‘idola’  dalam perjuangan mereka bagi membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa Barat dan Zionis pada abad ke-20. \rPerang Iraq-Iran (1980-1988) adalah pemangkin kepada merebaknya pemikiran Revolusi Iran yang berteraskan aqidah Syiah dengan lebih cepat termasuk di Malaysia. \r\n\n\n\n\rKetika itu Iran mendapat simpati yang sangat meluas daripada gerakan Islam kerana berhadapan dengan Iraq yang dilabelkan sebagai sekutu rapat Amerika.\rAkibatnya, akidah Syiah berkembang   menerusi pujian  pemimpin gerakan Islam terhadap Khomeini dan negara pimpinannya. \rBuku yang berbentuk  propaganda revolusi dan ajaran Syiah diterjemahkan oleh beberapa  individu diguna pakai sebagai dasar pemikiran dan perjuangan mereka. Minat terhadap karya teologi Syiah semakin tinggi untuk memahami pemikiran revolusi yang berlaku di Iran.\rKeadaan ini mencetuskan ledakan besar terhadap perkembangan ajaran Syiah di Malaysia, terutama di kalangan pimpinan gerakan politik Islam, mahasiswa universiti, kelompok intelek dan kelompok profesional sejak 1980-an sehinggalah keadaan yang lebih parah seperti hari ini. \rMUNIF MANZUR,\rBera, Pahang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 02:57 AM | Show all posts
bertudung nie ajaran syiah   

https://www.facebook.com/inthenow/videos/701174110032961/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.109713 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list