View: 167|Reply: 0
|
Tuding jari tak selesai isu tanah runtuh Hulu Langat
[Copy link]
|
|
KEJADIAN tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat, Sabtu lalu mengorbankan 16 nyawa yang tidak berdosa cukup menyayat hati kita.\rTragedi ini mengimbau kenangan tragedi Highlands Tower pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa serta beberapa siri kejadian tanah runtuh lain seperti di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 yang mengorbankan empat nyawa.\r\n\n\n\n\r Insiden seperti ini menunjukkan negara kita juga tidak sunyi daripada bencana alam walaupun secara relatifnya masih tidak membabitkan bilangan nyawa yang banyak seperti di luar negara. \r\r\n\n\n\n\n Apabila setiap kali berlaku tragedi seumpama ini semua pihak mula menuding jari menyalahkan orang lain ataupun mencari kesalahan orang lain malah ada yang suka mencari orang yang boleh dipertanggungjawabkan atau menjadi ‘kambing hitam’.\rIa dilihat turut berlaku dalam tragedi terbaru ini apabila semua pihak mula menyalahkan pengurusan madrasah berkenaan sebagai punca kejadian terbabit yang dikatakan cuai dan tidak mengikut undang-undang. \rMisalnya, pelbagai pendedahan dibuat bagi menunjukkan rumah itu dibina tanpa kebenaran, tiada sijil layak menduduki (CF) serta pihak madrasah sendiri dikatakan melakukan pemotongan cerun dengan sendiri dan juga dipersalahkan kerana membina rumah itu di tepi cerun yang curam.\rSepatutnya jika semua pihak baik pengurusan madrasah, masyarakat setempat dan pihak berkuasa tempatan lebih prihatin, menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing pastinya kejadian seperti ini dapat dielakkan ataupun paling tidak pun dapat mengurangkan tahap kerosakan serta bilangan kemalangan nyawa.\r\n\n\n\n\rJusteru, sekarang nasi telahpun menjadi bubur. Tiada gunanya kita menuding jari menyalahkan orang lain ataupun mencari siapa yang patut dan perlu dipersalahkan. \rAdalah lebih baik untuk kita memikirkan tindakan selanjutnya seperti langkah pembetulan dan pencegahan yang perlu diambil susulan daripada insiden yang mengorbankan 16 nyawa ini.\rMOHAMED SHAKIL HAMEED,\rUPM Serdang, Selangor.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|