View: 80|Reply: 0
|
Contador rangkul gelaran juara Giro d’Italia kedua
[Copy link]
|
|
MILAN: Alberto Contador menepuk dada sambil meraikan kejayaan dengan isyarat tradisinya - tembakan pistol - selepas menamatkan ujian masa individu sejauh 26 kilometer di sepanjang bandaraya Milan kelmarin untuk merangkul gelaran Giro d’Italia keduanya.\rKemenangan ini mampu menjadikan tahun ini cukup gemilang buat pelumba Sepanyol itu - sekiranya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengizinkan. \r\n\n\n\n\rContador dijadualkan berdepan CAS selepas disahkan positif bahan terlarang ‘clenbuterol’ pada Tour de France tahun lalu. Dia bagaimanapun bebas daripada tuduhan penyalahgunaan dadah oleh persekutuan berbasikal Sepanyol selepas mendakwa keputusan ujian dipengaruhi daging tercemar yang dimakannya.\r\r\n\n\n\n\n Badan induk berbasikal dan Agensi Anti-Doping Dunia kemudian merayu kepada CAS. Perbicaraan dijangka diadakan 6 hingga 8 Jun tetapi minggu lalu CAS mengumumkan ia mungkin ditunda hingga ke akhir musim panas.\rDengan tarikh baru belum diputuskan, Contador kini berpeluang menyapu bersih Giro, Tour dan Vuelta a Espagna walaupun dia sendiri membisu berkenaan kemungkinan itu.\r“Buat masa sekarang saya mahu menikmati kemenangan ini, kemudian baru kita lihat bagaimana,” kata Contador. \r“Matlamat utama saya adalah menang dan menikmatinya. Kami belum bersedia untuk Tour. Kami akan melihat bagaimana proses pemulihan saya berjalan dan baru membuat keputusan.”\r\n\n\n\n\rContador mengakhiri peringkat terakhir perlumbaan di tangga ketiga untuk mengatasi pesaing terdekatnya, Michele Scarponi untuk jersi merah jambu dengan kelebihan enam minit. Pada perlumbaan kelmarin, Contador melintasi garisan penamat 36 saat di belakang pemenang peringkat, David Millar yang merakam 30 minit 13 saat.\rContador, yang turut menjuarai edisi 2008, merakam 84 jam 5 minit 14 saat keseluruhan, dan turut menyarung jersi merah untuk kategori mata dengan keseluruhan 202 mata. Ini adalah kemenangan keenam Contador dalam Grand Tour selepas Tour de France 2007, 2009 dan 2010 serta Vuelta 2008.\rNamun jika didapati bersalah oleh CAS, kejuaraannya di sini mungkin akan dilucut dan Scarponi akan dinobat juara. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|