CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap petualang hina Islam di laman sosial

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SESUATU yang amat menyedihkan apabila perbuatan menghina agama Islam melalui provokasi di laman sosial semakin berleluasa. Ternyata, tindakan ini adalah satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab, biadab, boleh mengganggu gugat ketenteraman negara dan memberi kesan mendalam kepada umat Islam. Perasaan umat Islam terluka dan berasa terhina kerana  agama suci mereka dipermain-mainkan. Dalam apa keadaan pun,  perbuatan menghina Islam tidak wajar berlaku.\rIsu agama adalah isu sensitif. Justeru, jika agama mudah dipermainkan melalui provokasi pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan menaikkan sensitiviti umat Islam, pihak berkuasa wajar mengenakan tindakan tegas terhadap mereka  dan tidak sekadar memberi amaran. Jika terus berlembut, ia  memberi petunjuk bahawa tindakan menghina agama diterima. Kesannya, semakin banyak pihak berani mempersoalkan kesucian agama Islam.\r\n\n\n\n\r Dalam konteks apa pun, tiada individu atau pihak yang boleh secara biadap mempersoalkan kedudukan agama Islam, demi kepentingan peribadi mereka.  Isu agama bukanlah perkara yang boleh diambil mudah, dipermainkan dalam apa juga bentuk. Dengan pihak berkuasa bertindak tegas, diharapkan tidak ada lagi pihak yang berani membuat provokasi terhadap kesucian agama Islam. \r\r\n\n\n\n\n Di Malaysia,  semua pihak perlu menerima hakikat Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh diubah. Ia diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan. \rLangkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang   sedang berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta polis bagi mengesan individu menghina Islam melalui Facebook amat bertepatan. Sudah tiba masanya, hukuman setimpal perlu diambil terhadap petualang yang begitu mudah mempermainkan kesucian agama.\rDi samping itu, umat Islam di negara ini perlu bersatu hati mempertahankan kesucian agama Islam.  Sikap mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam termasuk melalui laman sosial di internet perlu dijauhi. Bertindak secara rasional dan mengikut lunas undang-undang lebih memberi kesan positif dalam memperjuangkan kesucaian agama Islam.  \rPROF MADYA DATIN DR SAPORA SIPON,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052947 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list