View: 89|Reply: 0
|
Sebelas atlit olahraga bersih: Ramlan
[Copy link]
|
|
Mereka termasuk yang ‘lari’ menjalani ujian doping baru-baru ini didapati negatif\rSEBELAS atlit olahraga termasuk yang ‘menyerah diri’ selepas ‘lari’ menjalani ujian doping baru-baru ini didapati negatif.\r\n\n\n\n\r Perkembangan terbaru itu didedahkan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz yang mengatakan keputusan itu diperoleh malam kelmarin selepas sampel air kencing itu dihantar ke National Dope Testing Laboratoty di New Delhi India. \r\r\n\n\n\n\n “Ia satu makmal yang diiktiraf sepenuhnya Agensi Antidoping Dunia (WADA) dan hasil keputusannya adalah negatif. Keputusan negatif pada kebiasaannya tidak dimaklumkan tetapi jikalau keputusan positif, kami akan maklumkan kerana ia tentu sekali akan mengambil sedikit masa lagi bagi prosedur ujian seterusnya.\r“Namun dalam hal ini, kami terpaksa memaklumkannya kerana mendapat liputan meluas sehingga menimbulkan pelbagai andaian. Pada masa ini, kami berharap pihak berkenaan dapat bertenang bagi membolehkan ISN dan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menjalankan tugas dengan profesional dan teliti,” katanya dalam sidang media, semalam.\rSementara itu, dalam sidang media berasingan, Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim meminta pampasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membayar kos persatuan bagi menghantar tiga atlitnya yang ‘menyerah diri’ ke Bulgaria kerana ia termaktub dalam senarai diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa bersama.\r“Dalam mesyuarat itu, mereka akan dihantar berlatih ke Bulgaria dan mereka tidak boleh hukum kerana tiga orang sudah pergi. Kami yang bayar dulu dan dalam keadaan sekarang, susahlah untuk menghantar yang lain. \r\n\n\n\n\r“KOAM adalah badan sukarela yang mengharapkan belas kasihan orang lain jadi kami terpaksa mencari sumber kewangan berlainan,” katanya.\rKetika ditanya di mana lokasi tiga atlit yang ‘lari’ itu, dia seolah-olah ingin mengelak dan hanya memberitahu mereka kini berada di ibu negara Bulgaria, Sofia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|