CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Politeknik latih eksekutif halal

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
POLITEKNIK akan memperkenal Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) tidak lama lagi bagi melahirkan lebih ramai pakar industri halal.  \rKetua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Md Nor Yusof, berkata graduan program itu dapat membantu pengeluar produk dan pembekal perkhidmatan halal memahami pematuhan serta  keperluan pensijilan halal.\r\n\n\n\n\r  Katanya, pelaksanaan program tiga tahun itu hasil memorandum persefahaman (MoU) KPT dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) yang dimeterai, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  MoU yang ditandatangani Md Nor mewakili KPT dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, membolehkan modul latihan Program Eksekutif Halal (HEP) HDC dijadikan sebahagian kurikulum institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha meningkatkan kepakaran modal insan khusus bagi industri halal.\r“Permintaan terhadap pakar industri halal kini semakin meningkat berikutan peruntukan dalam Standard Malaysia dan Prosedur Manual Pensijilan Halal Malaysia yang mensyaratkan pengusaha produk dan perkhidmatan halal melantik Eksekutif Halal. \r“Langkah itu bagi memastikan syarikat multinasional serta perusahaan kecil dan sederhana menggunakan pendekatan tepat serta amalan pengilangan terbaik dalam penghasilan produk halal.    \r“Latihan intensif menyediakan tenaga pengajar program pengajian baru ini sedang giat dijalankan di Politeknik Metro, Kuantan, Pahang bagi membolehkan program ini dilaksana dalam masa terdekat sekali gus menyokong dasar kerajaan menjadikan negara sebagai pusat rujukan halal sedunia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen HEP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Jamil berkata pengenalan program diploma berkaitan industri halal itu lanjutan program latihan halal HDC di beberapa IPT awam dan swasta sebelum ini.\r“Sehingga kini, 482 program latihan halal selama dua atau tiga hari dijalankan di IPT membabitkan penyertaan 30,000 warga kampus. \r“Sambutan memberangsangkan mendorong kami memperkenalkan HEP pula yang berlangsung selama enam bulan bermula Julai tahun lalu hingga Januari lalu, membabitkan 65 graduan diploma politeknik bidang Teknologi Makanan serta Hospitaliti.\r“Pelaksanaan program diploma ini membolehkan pelajar mengkhususkan kepakaran mereka dalam industri halal yang menawarkan potensi kerjaya cerah berikutan nilai pasaran halal global melebihi RM6.9 bilion (AS$2.3 trilion) setahun,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
KKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah gemuk!Apakah yang berlaku?
YgBenarKKM kata 1 dari 2 rakyat Malaysia adalah
Views : 11043 Replies : 115
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119745 Replies : 3089
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 11519 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052659 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list