View: 146|Reply: 0
|
Li Na ke final, singkirkan Sharapova
[Copy link]
|
|
PARIS: Pemain tenis wanita China, Li Na mengakhiri cabaran Maria Sharapova 6-4 7-5 untuk melangkah ke final Terbuka Perancis dan mencerahkan peluangnya muncul sebagai pemain Asia pertama menjulang kejuaraan grand slam.\rPada set pertama, Li mendahului 3-0 dan mematahkan servis Sharapova tiga kali tatkala pemain Russia itu yang mematahkan dua servis pemain China berkenaan, berhempas pulas mencari rentak permainan di bawah keadaan berangin di gelanggang tanah liat Roland Garros.\r\n\n\n\n\r Satu ‘double fault’ Li pada set kedua membolehkan Sharapova bangkit seketika tetapi juara grand slam tiga kali itu mensia-siakan kesempatan apabila melakukan kesilapan yang sama untuk kedudukan terikat 4-4.\r\r\n\n\n\n\n Li yang tewas di final Terbuka Australia Januari lalu, memastikan kemenangan dan pertemuan final bertemu sama ada penyandang juara Francesca Schiavone atau Marion Bartoli, apabila lawannya melakukan ‘double fault’, sekali gus menggembirakan jutaan penonton China.\r“Servisnya cukup laju, jadi saya sentiasa harapkan dia melakukan ‘double fault’ supaya saya boleh menang,” kata Li sejurus tamat perlawanan.\rPerlawanan final esok akan disaksikan Menteri Sukan China yang terbang ke Paris, kata penganjur, untuk menyertai sekumpulan penyokong negara itu. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|