View: 175|Reply: 0
|
Nasrudin: Tak adil jika nilai Pemuda PAS hanya berdasarkan kontroversi Hari Keka
[Copy link]
|
|
Adalah tidak adil seandainya Dewan Pemuda PAS dinilai hanya berdasarkan pendiriannya yang kontroversial dalam isu Hari Kekasih, kata Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau mendakwa bahawa satu sesi pimpinan mengambil masa dua tahun, dan Hari Kekasih hanya satu hari, daripada 365 hari dalam setahun. Hari-hari yang selebihnya diisi dengan kerja untuk perkara yang lain, namun tidak diberi perhatian, katanya.Ketua Dewan Pemuda PAS ini memberi contoh bahawa Dewan Pemuda PAS adalah pasukan yang tiba di tempat kejadian tanah runtuh Hulu Langat baru-baru ini untuk menghulurkan bantuan, namun tidak diberi liputan oleh media.Malah, Nasrudin Hassan (gambar kanan, kanan) menjelaskan bahawa bantahan Hari Kekasih pun berdasarkan \"pergaulan bebas\", dan adalah isu peribadi seandainya seseorang mengucapkan tahniah dan kasih sayang kepada kekasih pada hari tersebut.Demikianlah penjelasan Nasrudin Hassan untuk mempertahankan pimpinannya dalam Dewan Pemuda PAS dalam satu sidang media, ketika diajukan soalan sama ada Dewan Pemuda PAS yang dilihat \"konservatif\" itu akan menyelaraskan pendekatannya - memandangkan saf pimpinan baru yang terpilih lebih memperlihatkan progresif dan inklusif. Dewan Pemuda, sebaliknya memperlihatkan imej \"polis moral\"-nya, dengan beberapa pertikaian yang dicungkilnya sebelum ini.Pada Februari 2011, Nasrudin mencungkil pertikaian apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Hari Kekasih bercanggah dengan ajaran Islam. Beliau kemudian menjelaskan bahawa Dewan Pemuda hanya mempertikaikan cara sambutan Hari Kekasih yang melibatkan perlakuan seks, dan bukan berniat untuk melarang percintaan.Di samping itu, sayap di bawah pimpinan Nasrudin pernah membantah ketibaan MLTR ke Malaysia untuk mengadakan konsert, konsert 12 jam LIVE WITH CHIVALRY, konsert Adam Lambert dan sebagainya.Nasrudin Hassan seterusnya menjelaskan pendirian sayapnya dalam isu konsert, dengan alasan bahawa konsert tersebut tidak membawa nilai budaya ketimuran. Apa yang dibimbangkan adalah aktiviti ini mungkin merosakkan moral pemuda, dan mereka bukan membantah kesemuanya - dengan membenarkan hiburan yang tidak keterlaluan.*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|