CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

Penyertaan persidangan jenayah kewangan masih dibuka

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar adalah antara pakar yang akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Jenayah Kewangan: Perspektif Islam (ICFC), di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya pada Rabu dan Khamis Jun ini.\rIsmail akan berkongsi isu, maklumat dan statistik dalam kes jenayah komersial bersesuaian tema persidangan, iaitu pengurusan risiko dan penyelewengan daripada perspektif Islam serta usaha membanteras penggubahan wang haram.\r\n\n\n\n\r  Persidangan dua hari itu turut menjemput Ketua Association of Certified Anti Money Laundering Specialist (ACAMS), Hue Dang; Ketua Jabatan Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Adzhar Sulaiman; Timbalan Pendakwa raya Pejabat Peguam Negara, Tuan Awang Amardajaya Awang Mahmud serta Profesor Ekonomi Universiti Loughborough, United Kingdom, Prof Dr Humayon Dar.\r\r\n\n\n\n\n  Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri) Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Pengerusi ICFC, Prof Dr Rozainun Abdul Aziz, berkata ahli akademik dan wakil industri terbabit akan mengetengahkan pelbagai isu semasa berkaitan perakaunan forensik dan jenayah kewangan yang disifatkan semakin relevan kini berikutan peningkatan kes jenayah kolar putih dan penyelewengan dalam organisasi.\rPersidangan kali keempat itu, katanya, membabitkan pendedahan mengenai jenayah kewangan yang lebih menyeluruh kerana mendapat penyertaan pengurusan kanan agensi penguat kuasa selain wakil industri dan ahli akademik. \r“Sistem kewangan Islam kini mendapat perhatian serius hingga ke peringkat antarabangsa.\r“Justeru, persidangan ini bertujuan meningkatkan kesedaran terutama mengenai peranan dan keupayaannya membantu menangani masalah jenayah kewangan.\r\n\n\n\n\r“Peserta persidangan juga boleh mengambil peluang ini untuk mewujudkan jaringan industri dan akademik dalam usaha membanteras skandal kewangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. \rBeliau berkata, penyertaan dalam seminar itu akan meningkatkan tahap profesionalisme peserta bagi membolehkan mereka memperoleh 10 jam mata kredit ACAMS dan 13.5 mata Association of Certified Fraud Examiners. \rPenyertaan bagi persidangan anjuran bersama UiTM dan ACAMS ini masih dibuka.\rKeterangan lanjut, hubungi 03-5544 4932/019-383 1610 (Roszana Tapsir) atau layari http://ari.uitm.edu.my/conferences/icfc. \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.264290 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list