CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Tokyo jejas pasaran Asia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAHAM Asia susut semalam susulan penurunan pasaran saham Tokyo berikutan kejatuhan saham Tokyo Electric Power (TEPCO) selain didorong dengan laporan data pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan pemulihan lemah pasaran pekerjaan di negara ekonomi terbesar dunia itu.  \rSaham syarikat utiliti yang menjadi penyumbang terbesar kejatuhan di Pasaran Nikkei itu, menjunam susulan laporan kerugian besar dicatatkan akibat krisis nuklear di kilang utamanya di Fukushima.\r\n\n\n\n\r  Dagangan di sekitar rantau Asia rendah dengan lima pasaran ditutup kerana cuti umum termasuk Shanghai, Hong Kong dan Seoul. \r\r\n\n\n\n\n  Saham Tokyo mengakhiri sesi dagangan dengan 1.18 peratus atau 111.86 mata, susut kepada 9,380.35, manakala Sydney jatuh 0.31 peratus atau 14.0 mata kepada 4569.1.\rData pekerjaan di AS yang dikeluarkan Jumaat lalu oleh Jabatan Tenaga Pekerja dengan peningkatan kecil iaitu 54,000 pekerjaan pada Mei menyaksikan saham negara itu susut.\rPada penutup sesi dagangan Jumaat lalu, Indeks Perusahaan Dow Jones ditutup 97.29 mata atau 0.79 peratus kepada 12,151.26.\r“Prospek ekonomi AS adalah tidak menentu,”kata Pengarah Eksekutif Southern Cross Equities, Charlie Aitken di Sydney.\r\n\n\n\n\rSementara itu, pasaran saham Jepun pula diheret turun oleh TEPCO, pengendali loji kuasa nuklear di Fukushima Daiichi yang lumpuh disebabkan kebocoran radiasi apabila sistem pendingin terjejas akibat tsunami 11 Mac lalu.\rSaham syarikat utiliti terbesar di dunia itu susut 27.62 peratus susulan laporan media yang mengatakan ia mencatatkan kerugian mencecah AS$7 bilion pada tahun kewangan 2011.\rSaham syarikat itu ditutup pada 207 yen, susut 79 yen daripada Jumaat, bagaimanapun ia lebih baik berbanding 206 yen yang dicatatkan pada sesi tegah hari.\rAgensi Kyodo News menerusi dokumen dalaman syarikat melaporkan kerugian itu tidak termasuk pampasan kepada 10,000 penduduk yang terjejas akibat krisis berterusan itu.\rBencana nuklear terburuk sejak Chernpbyl pada 1986 memaksa 10,000 penduduk meninggalkan kediaman, perniagaan dan ladang pada jarak radius 20 Kilometer sekitar kilang terbabit.\rTiada angka rasmi kerosakan setakat ini, namun jumlahnya dijangka mencecah trilion yen.\r“Kebimbangan terus meningkat di mana syarikat berkemungkinan tidak dapat bertahan pada tahun akan datang. Skim pampasan pula belum dinyatakan berikutan ketidaktentuan berterusan terhadap politik Jepun,” kata pengurus dana sebuah firma pengurusan aset Jepun.   \rDi pasaran tukaran wang asing, euro mengukuh berbanding dolar didorong peningkatan bantuan terhadap Eropah yang meneruskan usaha menyelamat negara dibebani hutang melampau, Greece, kata peniaga.\rEuro menamatkan sesi tengah hari pada AS$1.4637, hampir tidak berubah daripada AS$1.4638 di Pasaran New York Jumaat lalu.\rMatawang tunggal Eropah itu mengembang kepada 117.58 yen daripada 117.40 yen, sementara Dolar mengukuh kepada 80.31 yen daripada 80.25 yen.\rEuro terus mengukuh selepas Kesatuan Eropah, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Eropah pada Jumaat lalu, berkata ia bersetuju melanjutkan ke peringkat seterusnya dana di bawah pakej menyelamat hutang Greece yang berkemungkinan besar pada Julai.\rHarga minyak mentah di pasaran dunia jatuh menjelang mesyuarat OPEC di Vienna yang dijadualkan berlangsung minggu ini.\rPada kontrak utama New York, minyak mentah ‘light, sweet’ penghantaran Julai di pasaran New York susut 14 sen kepada AS$100.08 setong dan minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Julai juga jatuh 41 sen pada AS$115.43 pada tengah hari. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.520867 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list