CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

CIMB Group diiktiraf peringkat global

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KEDUDUKAN CIMB Group Holdings Bhd dalam aktiviti perbankan pelaburan Asia Tenggara semakin diiktiraf pada peringkat global, apabila kumpulan perbankan terbesar Jepun, Mitsubishi UFJ Financial Group Inc (MUFG) pula berminat mengadakan usaha sama lebih komprehensif dengan kumpulan itu.\rKumpulan perbankan mega Jepun itu kini dilaporkan berada dalam peringkat akhir rundingan dengan CIMB Group yang dijangkakan dimuktamadkan dalam tahun ini.\r\n\n\n\n\r  MUFG dalam kenyataan menerusi laman webnya semalam berkata, unit pembrokerannya, Mitsubishi UFJ Securities Holdings Co Ltd (MUSHD) kini sedang meninjau peluang memperluaskan lagi kerjasamanya dengan CIMB Group dalam perniagaan perbankan pelaburan di seluruh rantau ini.\r\r\n\n\n\n\n  “CIMB Group adalah rakan pakatan institusi kewangan komprehensif BTMU yang mana kumpulan perbankan kedua terbesar di Malaysia itu memiliki kepakaran dalam operasi perbankan komersial, perbankan pelaburan, sekuriti dan perniagaan pengurusan aset terserlah di seluruh rantau ini.\r“Justeru, MUSHD amat komited menubuhkan rangkaian kerja lebih cekap untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan serta memenuhi kehendak pelbagai bentuk pelanggan di rantau ini, bermula dalam bidang pemerolehan dana hingga kepada pengurusan ekuiti, bon dan dana amanah pelaburan,” katanya.\rPenganalisis pula berkata, antara prospek kerjasama yang berpotensi diwujudkan kedua-dua kumpulan berkenaan adalah dalam aktiviti terbitan bon, selain menjadi ejen pengatur dan penaja jamin syarikat di Asia Tenggara.\rSementara itu, akhbar perniagaan terkemuka Jepun, The Nikkei, semalam melaporkan peluasan kerjasama dengan CIMB Group itu akan membolehkan MUFG menerusi unitnya, Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities Co muncul sebagai penaja jamin bagi aktiviti terbitan bon syarikat di Asia Tenggara dan menjualnya kepada pelanggan di Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.\r\n\n\n\n\rKatanya, prospek industri terbitan bon korporat gred pelaburan dalam lima ekonomi terbesar di Asia Tenggara, kini semakin meningkat dengan catatan nilai terbitan mencecah AS$40 bilion tahun lalu, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding sedekad lalu.\rSelain terbitan bon korporat konvensional, CIMB Group turut memiliki kelebihan menerbitkan bon berlandaskan syariah untuk syarikat Jepun dan menjualnya kepada pelabur tempatan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.202781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list