CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Guru perlu berbakti dengan ikhlas, bukan ganjaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA ingin merujuk kepada surat ‘Sang Algoljo’ bertajuk ‘Wujud segera jawatan pembantu guru’ yang disiarkan semalam. Saya kurang bersetuju bahawa guru sepatutnya tidak melakukan tugas perkeranian dan dibebankan tugas selain daripada mengajar di bilik darjah.\rSurat beliau jelas menunjukkan bahawa tugas guru yang sepatutnya dimuliakan dan dihormati, tersasar sama sekali. Ini kerana beliau seolah-olah mendesak kerajaan segera memenuhi tuntutan yang bukan saja dibangkitkannya bahkan oleh banyak pihak lain.\r\n\n\n\n\r  Saban tahun, apabila tibanya Hari Guru, pelbagai perkara dan insentif  diminta. Saya percaya  jabatan dan agensi lain juga mempunyai pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional, tidak seteruk ini dan saban tahun mendesak kerajaan untuk memberi itu dan ini.  \r\r\n\n\n\n\n  Saya agak kesal dengan desakan ini kerana ini menunjukkan guru sebenarnya lemah dan tidak mampu melaksanakan tugas sepenuhnya. Suka saya nyatakan, bilik darjah bukan seramai bilik kuliah di universiti, yang mempunyai 300-500 pelajar pada satu-satu masa. \rJika inilah sikap guru di Malaysia, saya amat sedih dan mengharapkan agar adanya perubahan kerana sesungguhnya ganjaran akhirat  lebih besar dan penuh makna berbanding dunia.    \rTugas guru yang mulia itu bakal tercemar jika ia sering diungkit serta melakukan sesuatu dengan mengharapkan ganjaran. Pastinya ia tidak lagi seikhlas dan semulia yang diharapkan.  Tugas guru itu lebih kepada mendidik di samping mencurahkan bakti kepada bangsa.\rANAK MURID CIKGU,Selama, Perak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list