CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Resolusi Kongres Nasional PSM ke-13

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
1. Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga barangan, tambang pengangkutan awam serta peningkatan kos kemudahan asas kerana ia membebankan rakyat serta satu bentuk penindasan.  Dalam nada yang sama, PSM menuntut kerajaan menghentikan tindakan mengurangkan atau menghentikan subsidi kepada golongan rakyat biasa dan meminta pemerintah untuk kembalikan subsidi rakyat.2. Polisi-polisi neo-liberal Pemerintah Barisan Nasional terus menggadai hak kepentingan rakyat umum.  Semua sektor awam seperti perubatan, pendidikan dan pengangkutan kini mengalami ancaman polisi neo-liberal yang membebankan rakyat biasa.  PSM berpendapat skim pinjaman PTPTN kini disalahgunakan dan patut dibubarkan dan pemerintah perlu memperkenalkan sistem pendidikan yang percuma bagi semua peringkat.3. PSM menuntut tuntutan-tuntutan pekerja ditunaikan serta-merta.  Penggubalan akta gaji minima sebanyak RM1,500 harus dilaksanakan tanpa sebarang alasan lagi.  Selain daripada itu, pemerintah harus melaksanakan tabung pemberhentian kerja untuk membela nasib pekerja semasa krisis kapitalis.  PSM juga mendesak Kerajaan meningkatkan faedah- faedah kebajikan dan keselamatan social (SOCSO) kepada orang yang layak serta membuka cawangan-cawangan di setiap pekan supaya orang ramai dapat memohon dengan senang.4. Isu perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah mesti menjadi satu keutamaan dalam agenda pembangunan negara.  Isu pangsapuri atau flat kos rendah harus dilihat sebagai satu isu nasional dan berkepentingan.  Pemerintah mesti mengambil perhatian serius dan campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh penghuni flat kos rendah demi menyelesaikan masalah mereka dari segi penyelenggaran dan sebagainya.  PSM juga menggesa kerajaan untuk menghentikan sebarang pengusiran paksa ke atas peneroka bandar, pekerja- pekerja ladang dan petani dan memastikan isu perumahan tetap selesa mereka dapat diselesaikan.  Kerajaan digesa untuk secara agresif meluluskan satu skim perumahan selesa mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.5. Sistem pilihanraya umum mesti direformasi di mana ia harus melaksanakan prinsip \"Satu orang Satu Undi\" dengan telus di mana tidak boleh ada perbezaan ketara antara bilangan jumlah pengundi di sesuatu kawasan pilihanraya dengan kawasan lain (parlimen atau DUN) di mana perbezaan dengan populasi pengundi terbanyak dan tersedikit tidak sepatutnya melebihi 10%.  PSM juga menyokong tuntutan BERSIH dalam pengendalian pilihanraya dan menggesa SPR untuk bersikap telus dan bersih dalam menjalankan pilihanraya umum demi demokrasi rakyat.  PSM sekali lagi menggesa kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan.6. Prioriti pembangunan mesra alam sekitar mesti mendapat perhatian utama.  PSM menuntut semua projek berkenaan tenaga nuklear perlu dihentikan dan tenaga alternatif seperti tenaga suria, angin dan air perlu disarankan.7. Korupsi, salahguna kuasa, pembaziran, politik perkauman dan politik kotor dan menjijikan masih menjadi ramuan utama pemerintahan Barisan Nasional dan PSM mendesak politik berlandaskan ketelusan, berprinsip, mampan dan profesional diamalkan.  Pemerintah juga mesti menghentikan pembelian senjata- senjata ketenteraan yang hanya sekadar membazir wang rakyat dan sebaliknya menggunakan wang rakyat ini untuk kebajikan rakyat.8. PSM mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan menggesa kerajaan menghormati semua aliran pendidikan bahasa ibunda secara adil dan saksama dan menyokong kempen kembalikan status kerakyatan kepada mendiang Cikgu Lim Lian Geok.9. PSM membantah rancangan pertukaran pelarian antara Malaysia dan Australia yang menjadikan pelarian komoditi yang boleh diperdagangkan.  Kerajaan perlu mengiktirafkan semua pelarian sepertimana dalam Konvensyen Hak pelarian 1951 dan memberikan perlindungan sepenuh kepada mereka termasuk kesihatan, pendidikan dan jaminan untuk mencari nafkah.10. PSM menuntut pemerintah memansuhkan semua akta- akta zalim seperti ISA, Ordinan Darurat, Akta Hasutan, Akta Percetakan Suratkhabar dan media dan AUKU.11. PSM menyokong kebangkitan rakyat dunia Arab dalam perjuangan menumpaskan pemerintahan diktator yang berkuku besi dan menentang sistem sosio-ekonomi yang mengkayakan golongan kaya dengan memiskinkan rakyat miskin.  Di negara kita, PSM menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang dirancang pada 9 Julai 2011 dan menyeru seluruh masyarakat Malaysia turun beramai- ramai ke jalan demi memperjuangkan demokrasi di Malaysia.Baca: Ucapan dasar Pengerusi dalam Kongres Nasional PSM ke-13*Resolusi Kongres Nasional PSM ke-13, yang diadakan pada 3-5 Jun 2011.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.047456 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list