|
UEM, IIB usaha sama pembangunan bercampur dijangka siap 2020UEM Land Holdings Bhd dan Iskandar Investment Bhd (IIB) akan membangunkan projek pembangunan bercampur kompleks beli-belah dan kediaman bernilai RM850 juta dikenali sebagai Retail Mall and Residences @ Medini North di Nusajaya, Iskandar Malaysia Johor.\rMenerusi kerjasama itu, UEM Land dan IIB, menerusi anak syarikatnya Iskandar Harta Holdings Sdn Bhd masing-masing memegang 55 dan 45 peratus kepentingan dalam Nusajaya Lifestyle Sdn Bhd, syarikat yang akan membangun dan menguruskan projek itu. \r\n\n\n\n\r Projek yang membabitkan empat fasa pembangunan itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020 itu dan ia bakal menjadi satu lagi daya tarikan baru di Nusajaya susulan kedudukannya yang hampir dengan Legoland Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Urusan UEM Land, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim, berkata projek itu menjadi satu lagi bukti perkembangan ketara Nusajaya menerusi beberapa projek yang kini sedang giat dimajukan di kawasan itu.\rKatanya, kerja pembinaan akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini dengan fasa pertamanya yang berkeluasan 200,000 kaki persegi dijangka disiapkan dan dibuka pada September 2012, sempena pembukaan Legoland Malaysia.\r“Ia akan memberikan manfaat khususnya dari segi sumbangan pendapatan yang lebih baik kepada kumpulan pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama antara kedua-dua syarikat itu, di Kuala Lumpur, semalam.\rPada majlis itu, IIB diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Pengerusi UEM Group, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali dan Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Izzaddin Idris\rUEM Land, kumpulan hartanah terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran adalah pemaju utama Nusajaya, pembangunan bandar bersepadu terbesar di rantau Asia Tenggara.\rWan Abdullah berkata, projek itu akan mempunyai ruang seluas dua juta kaki persegi, apabila ia siap sepenuhnya kelak.\rBeliau berkata, tanah seluas 14 hektar di penjuru barat laut Medini, Nusajaya itu dibeli pada harga RM100 juta bagi tujuan pembangunan bercampur berkenaan.\r“Ia adalah satu daripada inisiatif terancang kumpulan untuk membina portfolio pendapatan berulang,” katanya.\rFasa pertama projek itu akan mengandungi unit gedung runcit, manakala fasa seterusnya akan membabitkan pembangunan ruang hiburan seperti pawagam, pusat karaoke, boling, arked keluarga dengan kemudahan aktiviti menarik lain seperti luncur ais, terjun udara dan go-kart.\rSementara itu, Syed Mohamed berkata, kerjasama berkenaan adalah simbolik kepada usaha IIB untuk memacu lebih banyak pelaburan ke Iskandar Malaysia dengan menjadikan Medini sebagai sebuah komuniti lengkap dan sesuai untuk didiami.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|