CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Khutbah Jumaat: Umat Islam digesa rebut peluang tingkat ekonomi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
DINYATAKAN dalam al-Quran, Nabi Muhamad SAW diutuskan sebagai rahmat bagi semesta alam.Bagaimanapun, salah satu penyakit umat Islam yang menghalang bagi mencapai rahmat ialah kemiskinan dan kebodohan. \n\n\n\nDi negara kita, umat Islam mewakili 60 peratus penduduk tetapi mereka hanya menguasai 20 peratus kekayaan negara. Majoriti umat Islam hari ini hanya sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. \n\n\n\n\n Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), unjuran kadar inflasi negara meningkat kepada paras 3.25 peratus tahun ini berbanding 2.9 peratus pada 2010 disebabkan peningkatan harga keperluan asas iaitu harga makanan, pengangkutan serta  pinjaman.Mimbar ingin menegaskan bahawa pembangunan ekonomi adalah asas utama kepada keutuhan sesebuah negara. Oleh demikian, Islam sangat menganjurkan umatnya supaya membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan ke arah lebih maju dan pada masa sama, tidak mengabaikan pembangunan dari aspek keperibadian serta akhlak. Mimbar percaya kesan daripada rezeki yang diusahakan mengikut acuan syariah dan tadbir urus berdasarkan perundangan Allah akan mendapat keberkatan, limpahan rezeki dan kurniaan dari Allah.Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha melihat akan hamba-Nya.” (Surah al-Isra’, ayat 30) \n\n\n\nKegiatan ekonomi adalah fardu kifayah ke atas setiap Muslim. Dalam usaha melonjakkan imej umat Islam, maka dituntut umatnya berkerja bersungguh-sungguh meningkatkan ekonomi dan kekayaan negara sejajar tuntutan meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dia melakukan dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Agama Islam menganjurkan umatnya berusaha mencapai kebahagiaan dengan cara yang selari menurut syariah dan meninggalkan segala bertentangan ajarannya. Kita dapati akhir-akhir ini, sistem kewangan dan pengeluaran produk halal berlandaskan Islam mendapat perhatian dan pilihan masyarakat. Transformasi yang berlaku menunjukkan acuan serta sistem ekonomi dan kewangan Islam telah menghasilkan impak besar demi memartabatkan ajaran agama Islam ke seluruh alam. Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 846 sekuriti yang patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia pada 2010. Justeru, mimbar menyeru semua umat Islam supaya tidak memandang ringan urusan dan sistem muamalah di negara kita kerana ia kewajipan yang mesti kita patuhi dan laksanakan bagi meningkatkan ekonomi umat Islam dalam kehidupan.Umat Islam perlu sedar untuk mengukuhkan ekonomi bukan mudah. Walaupun kebanyakan negara Islam kaya dengan sumber galian dan khazanah alam, kita lemah dalam memanfaatkan anugerah Allah itu. Umat Islam perlu mengambil kesempatan kepada sistem kapitalis dan sosialis yang bersifat tidak seimbang. Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan kekayaan  dikuasai  segelintir pihak saja.Dalam konflik sedemikian rupa, pasti memberi implikasi negatif kepada masyarakat kerana yang miskin akan terus dikalahkan kelompok kaya yang menguasai sumber daya ekonomi lebih banyak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054727 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list