CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

48 pelajar bermandi peluh di Sungai damansara

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SERAMAI 48 pelajar Management & Science University (MSU) bekerjasama membersihkan Sungai Damansara, Shah Alam baru-baru ini sebagai sebahagian daripada program MSU-U-Komuniti.\rProgram anjuran Jabatan Pelajar dan Pembangunan Kerjaya itu membabitkan pelajar pelbagai jurusan pengajian bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.\r\n\n\n\n\r  Selain itu, kegiatan berkenaan mampu memupuk sikap prihatin dan menghargai alam sebagai pelengkap ekosistem serta memupuk semangat sukarela dalam kalangan pelajar.\r\r\n\n\n\n\n  Pelajar jurusan Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) MSU, R Kokila, 22, berkata program sehari itu amat penting dalam memberikan mesej jelas kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan mengelak daripada sikap mementingkan diri.\r“Isu ini bukan lagi perkara biasa kerana sudah menjadi masalah global dan jika kita tidak berusaha menjaga alam sekitar, ini akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada generasi akan datang.\r“Usaha MSU melalui program MSU-U-Komuniti ini adalah permulaan yang bagus dan diharapkan kesedaran di kalangan masyarakat dapat dibina melalui pembabitan lebih aktif mereka dalam menangani isu berkaitan penjagaan alam sekitar terutama kepentingan menjaga kebersihan sungai,” katanya di Kuala Lumpur.\rMSU melalui program U Community: From University to Community bukan saja bermatlamat mendekatkan hubungan antara warga MSU dengan masyarakat, bahkan memfokuskan lima kumpulan utama iaitu alam sekitar, Orang Asli, isu kesihatan, kemiskinan bandar dan anak yatim.\r\n\n\n\n\rSelain itu, program berkenaan berhasrat menjayakan usaha pembangunan komuniti sebagai komitmen berterusan MSU memberikan galakan agar warganya berbakti kepada masyarakat serta menerapkan semangat sukarela.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.172715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list