View: 146|Reply: 0
|
Galeri: Kasih orang bandar
[Copy link]
|
|
TEMA kebebasan dan kasih sayang dapat dikesan pada sebahagian besar daripada 65 lukisan dengan bahantara cat air dan akrilik karya Lee Eng Beng pada pameran solonya, Artbeat: The Pulse of Urban Expressionism yang berlangsung di Purplehouz Fine Arts, Jalan Gasing, Petaling Jaya, sehingga 21 Jun ini.\rPengarah Purplehouz Fine Arts, Navinder Gill berkata, ArtBeat diadakan sebagai penghargaan terhadap bakat besar pelukis yang sedang meningkat naik selain menyediakan ruang untuk mengetengahkan karya mereka dan Eng Beng diberi peluang pada kali ini.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan karya Eng Beng adalah ilham daripada pengalamannya, pemerhatian terhadap sekeliling dan paling menarik persembahan idea dibuat menggunakan pendekatan biasa tetapi istimewa,” katanya pada pertemuan dengan Galeri.\r\r\n\n\n\n\nSiri A Father’s Love merangkumi 10 karya mengajak khalayak merasai pengalaman diri pelukis sebagai seorang bapa yang akrab dan melimpahkan kasih sayang terhadap anak menerusi pelbagai gelagat yang nyata mampu menyentuh emosi khalayak.\rIlusionary Freedom, Leave Me Alone dan Who Is Your Master mengajak khalayak keluar daripada telunjuk orang lain dan kepentingan mencari ruang kebebasan untuk diri sendiri. \r“Who Is Your Master menggambarkan manusia yang bergantung kepada arahan dan kebenaran pihak tertentu untuk bertindak ibarat buah catur yang bergerak mengikut kehendak pemainnya,” katanya yang sudah 24 tahun bergelar pelukis.\rEvolution of Life menampilkan lelaki tua yang mengimbau kehidupan zaman bayi dan muda sambil tersenyum menyampaikan mesej agar tidak menjadikan perbuatan membunuh diri sebagai penyelesaian masalah, sebaliknya kehidupan penuh keindahan dan perlu dinikmati sebaiknya.\r\n\n\n\n\rKhalayak turut dibawa menikmati panorama negeri kelahirannya, Pulau Pinang, menerusi karya Lorong Pragin, Penang Street Life, Khoo Kongsi dan Masjid Lebuh Acheh yang menjadi subjek utama dalam lukisan cat air. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|