|
Saham berwajaran tinggi dorong lonjak indeks komposit FTSE\rPENINGKATAN pada saham berwajaran tinggi, mendorong Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) untuk ditutup pada 5.3 mata lebih tinggi pada 1,556.19 pada Bursa Malaysia, selepas mencecah ketinggian 1,558.53 dalam dagangan aktif semalam.\r\n\n\n\n\r HwangDBS Vickers Research, dalam nota penyelidikannya, mengunjurkan bahawa penanda aras Malaysia FBM KLCI akan kekal pada jajaran kecil dengan sedikit kecenderungan positif selepas susut sembilan mata atau 0.6 peratus dalam masa empat hari sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n “Secara teknikal, indeks mungkin akan melepasi paras sokongan iaitu 1,550 walaupun kami fikir ia tidak akan mengatasi paras rintangan iaitu 1,575 pada masa ini,\" kata HwangDBS.\rPergerakan bursa tempatan itu, adalah sejajar dengan pemulihan pada pasaran AS, di mana indeks ekuiti utama beralih daripada kemerosotan enam hari berturut-turut dengan peningkatan 0.4 peratus dan 0.7 peratus semalam.\rIndeks Kewangan meningkat 36.21 mata kepada 14,627.15, Indeks Perladangan susut 16.73 mata kepada 7,856.49 dan Indeks Perusahaan bertambah 12.49 mata kepada 2,760.46.\rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia naik 32.95 mata kepada 10,713.62 dan Indeks Ace naik 4.34 mata kepada 4,256.07.\r\n\n\n\n\rKaunter untung mengatasi rugi 393 kepada 313 sementara 335 kaunter tidak berubah dan 417 yang lain tidak didagangkan.\rJumlah dagangan meningkat kepada 783.016 juta saham, bernilai RM1.298 bilion, daripada 697.436 juta saham bernilai RM1.362 bilion, yang dicatatkan kelmarin. \rDi kalangan saham aktif, XOX, susut 28 sen kepada 52 sen selepas dibuka buat kali pertama pada 80 sen, Focus Dynamics Technologies susut 1.5 sen kepada 6.5 sen, MAA Holdings merosot satu sen kepada RM1.10 tetapi Kencana Petroleum meningkat tujuh sen kepada RM2.87. \rKaunter berwajaran tinggi, Maybank bertambah satu sen kepada RM8.78, CIMB menokok dua sen kepada RM8.41, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM7.05, Tenaga meningkat satu sen kepada RM6.81 dan Maxis bertambah tiga sen kepada RM5.49. \rJumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 512.837 juta saham bernilai RM1.247 bilion, daripada 520.22 juta saham bernilai RM1.334 bilion, yang dicatatkan kelmarin.\rJumlah dagangan pada Pasaran ACE naik kepada 203.976 juta unit, bernilai RM36.557 juta, daripada 129.419 juta unit, bernilai RM17.906 juta, yang diurusniagakan pada Khamis.\rWaran meningkat pada 62.876 juta, bernilai RM11.836 juta, daripada 45.465 juta saham bernilai RM9.31 juta, sebelum ini. \rProduk pengguna mewakili 18.655 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, produk industri 103.36 juta, pembinaan 32.742 juta, dagangan dan perkhidmatan 187.359 juta, teknologi 18.59 juta, prasarana 7.75 juta, kewangan 62.983 juta, hotel 229,900, harta 61.456 juta, perladangan 14.724 juta, perlombongan 69,100, REIT 4.953 juta dan dana tertutup 57,000. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|