CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Isteri kelas pertama lebih sesuai

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
BANYAK pihak terutama wanita mengecam hebat kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang dilihat seolah-olah mementingkan seks untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. \rKenyataan itu ditentang keras kerana menganggap isteri menjadi alat pemuas nafsu suami dan layanan dingin isteri menjadi punca suami mencari kepuasan di luar.\r\n\n\n\n\r   Walaupun kritikan berkenaan ada kebenarannya,  janganlah kita terlalu cepat melenting. Tidak semua suami mencari hiburan di luar dan tetap bersabar walaupun tidak mendapat layanan sewajarnya daripada isteri.\r\r\n\n\n\n\n   Entah mengapa apabila bercakap mengenai seksual suami isteri yang saling memerlukan kita menjadi begitu emosi? Oleh itu kita perlu melihat dari pelbagai sudut agar penilaian kita lebih menyeluruh dan seimbang. \rSaranan supaya isteri melayan suami untuk meningkatkan hubungan intim memanglah baik tujuannya. Ini selaras dengan tuntutan agama supaya suami isteri saling menghormati untuk mewujudkan kemesraan dalam menikmati keindahan hidup berumahtangga. Cuma cara penyampaiannya yang perlu diperbaiki.\rPerkataan pelacur kurang sesuai kerana membawa persepsi negatif apabila isteri dikehendaki melayan suami seperti pelacur kelas pertama. Jika dikatakan isteri melayan suami seperti wanita kelas pertama atau suri rumah kelas satu tentu tidak mengundang kritikan begitu hebat, malah mungkin ada yang bahagia menjadi isteri hebat kerana berjaya menambat hati suami.\rPAPAN BATU,\r\n\n\n\nPontian, Johor.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054088 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list