|
TOKYO: Menteri Kewangan Jepun, Yoshihiko Noda menyatakan hasrat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan memimpin pemulihan Jepun selepas bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu, lapor media.\rNoda, 54, memberitahu sekutu rapatnya mengenai rancangan beliau untuk menggantikan Perdana Menteri Naoto Kan yang kini mengetuai Parti Demokrat Jepun (DPJ), lapor akhbar Shankei Shimbun.\r\n\n\n\n\rAkhbar Yomiuri Shimbun menyatakan, Noda akan bertanding dalam pilihan raya presiden DPJ, ‘jika keadaan mengizinkan’.\r\r\n\n\n\n\nMinggu lalu, Kan terselamat daripada undi tidak percaya selepas memberi jaminan akan berundur daripada jawatan presiden DPJ.\rTindakan itu menyebabkan wujud tentangan daripada anggota DPJ.\rAnggota jawatankuasa eksekutif dalam DPJ juga sedang menimbang untuk mencalonkan Noda dalam pilihan raya presiden parti, berikutan beberapa dasar beliau yang menghormati jawatankuasa itu.\rCalon lain yang disebut-sebut menggantikan Kan, termasuk bekas Menteri Luar, Seiji Maehara, Setiausaha Agung DPJ; Katsuya Okada; Menteri Perladangan, Michihiko Kano; Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano dan timbalannya Yoshito Sengoku. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|