CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 1

Pengguna kena caj hingga RM4 SMS iklan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Pengguna telefon bimbit di negara ini terpaksa menanggung bayaran antara 20 sen hingga RM4 bagi setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk iklan diterima mereka walaupun tidak pernah mempersetujui untuk memuat turun dan melanggannya.\rAntara jenis SMS sering diterima ialah tawaran khidmat seks, pornografi, tilik nasib, pertandingan, permainan serta tawaran hadiah dan cabutan bertuah berdasarkan nombor telefon bimbit atau kad SIM.\r\n\n\n\n\r  Kebanyakan penerima tidak menyedari mereka dikenakan caj dan hanya tahu mengenai perkara itu apabila menerima bil yang merujuk caj berkenaan menggunakan kod ringkas lima angka seperti 33333, sekali gus terpaksa membayar bil tinggi walaupun tidak pernah memohon menerima SMS seperti itu.\r\r\n\n\n\n\n  Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan satu garis panduan yang ketat bagi menyekat penghantaran SMS berbayar seperti itu. \rPresidennya, SM Mohamed Idris, berkata SMS terbabit dihantar terus ke telefon bimbit oleh penyedia kandungan menggunakan sistem lima digit, lazimnya untuk pengiklanan dengan paling kerap diterima adalah tawaran hadiah wang tunai yang meminta butiran peribadi termasuk akaun bank penerima.\r“Ada yang terpedaya dengan mendedahkan semua butiran peribadi mereka. CAP menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak gembira dan berasa ditipu malah ia boleh dianggap gangguan kerana mereka terpaksa membuka, membaca dan memadamkan pesanan terbabit,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.\rSM Mohamed berkata, CAP juga mendapati ada SMS dihantar melalui kaedah berangkai termasuk menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar di negara jiran.\r\n\n\n\n\r“SKMM dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dalang penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian besar sekiranya ramai pengguna terpedaya. Kami akan membantu pengguna antaranya dengan menghantar surat rasmi kepada SKMM bagi menangani masalah yang sudah lama berlarutan ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 07:17 PM | Show all posts
aku dah terkena....skang tgh fight ngan celcom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079526 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list