View: 174|Reply: 0
|
Mangsa cimpanzi jalani rawatan muka
[Copy link]
|
|
BOSTON: Seorang wanita Amerika Syarikat yang diserang seekor cimpanzi pada 2009 menerima satu pemindahan muka penuh, pembedahan ketiga seumpamanya dijalankan di Amerika Syarikat, kata hospital terbabit.\rCharla Nash dari Connecticut cedera selepas seekor cimpanzi peliharaan seberat 91 kg, Travis milik seorang rakannya mengamuk.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun binatang terbabit akhirnya ditembak dan dibunuh pihak polis.\r\r\n\n\n\n\n Wajah Nash dibentuk semula bulan lalu oleh sepasukan ahli perubatan membabitkan lebih 30 orang doktor, jururawat, pakar bius dan residen di Brigham and Women’s Hospital, Boston.\rDalam pembedahan lebih 20 jam itu, pihak hospital berkata, pasukan mereka meletakkan semula hidung, bibir, kulit muka, otot wajah dan saraf Nash.\rHospital itu berkata, pembedahan tangan berganda juga pernah dilakukan tetapi ia tidak berjaya.\rBrigham and Women’s, sekutu Sekolah Perubatan Harvard, berjaya melakukan dua pembedahan pemindahan wajah penuh sebelum ini yang dilakukan awal tahun ini.\r\n\n\n\n\rDallas Wiens, yang berusia 26 tahun yang menjalani pembedahan pemindahan wajah pertama di Amerika Syarikat pulang ke Texas bulan lalu untuk bersama anak perempuannya, masih meneruskan pemulihan otot wajahnya dan meneruskan kehidupan normal.\rPembedahan pemindahan wajah penuh pertama dunia dilakukan di Sepanyol pada 2010. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|