CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Zionis cipta gempa hapus al-Aqsa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktivis Palestin dedah rancangan Yahudi gali terowong bawah masjidTEHRAN: Kerajaan Israel sentiasa cuba menguasai semula masjid al-Aqsa yang didakwa dibina di tapak kuil Yahudi dan antara rancangannya untuk memiliki semula tempat itu ialah mencipta gempa bumi palsu, kata  aktivis Palestin.\n\n\n\nSehubungan itu, Hasan Khater menggesa semua negara Islam  menunjukkan bantahan  terhadap rancangan Israel terhadap kiblat pertama umat Islam itu.\n\n\n\n\n“Ada beberapa senario bagi mengenai rancangan Yahudi memusnahkan masjid al-Aqsa.“Tetapi, semua negara Arab dan Islam selain masyarakat antarabangsa  memegang hak menjaganya dan bukannya Zionis yang menentukan masa depan sesuai bagi masjid itu,” kata Hasan yang juga Setiausaha Agung Barisan Islam Kristian al-Quds.“Pihak berkuasa  Zionis mencari jalan menguasai masjid al-Aqsa dan mengeluarkan arahan bagi kemusnahannya melalui  gempa bumi palsu bagi membolehkan  Zionis meneruskan operasi menggali dan me-ngorek di bawah masjid berkenaan,” kata Khater.Beliau kemudian membidas negara Islam kerana terus menutup mulut berhubung tindakan jahat Israel di bumi Palestin dan  percaya tindakan berdiam diri umat Islam menggalakkan Tel Aviv  meneruskan rancangan mereka itu.\n\n\n\nApril lalu, Yayasan Warisan dan Kebajikan Al Aqsa (Wakaf) Islam melaporkan  Israel meneruskan penggalian di bawah masjid Al Aqsa untuk mewujudkan rangkaian terowong  sekitar masjid itu.Yayasan itu menyebut bahawa aktiviti menggali itu menjejaskan kawasan di bawah masjid dan sekitarnya melalui kerja yang ditingkatkan sejak beberapa bulan lalu.Yayasan itu mendedahkan, kerja menggali dan mengorek berkenaan dijalankan di bawah Tembok Al Boraq (Tembok Ratapan bagi orang Yahudi) berhampiran Moghrabi Gate (Bab Al Magharba, Al Silsila Gate (Gate of the Chain), dan Al Mat-hara Gate.Dalam kejadian terbaru yang bertujuan menaikkan kemarahan penduduk Palestin dan Islam, pelampau Yahudi sengaja memecahkan sebotol arak di pekarangan al-Aqsa, Khamis lalu.Pegawai masjid berkata, satu kumpulan pelawat Yahudi dilihat minum wain dan didakwa memecahkan beberapa botol arak  di pekarangan al-Aqsa ketika menyambut  upacara agama diberi nama ‘Shavout.’  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052152 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list