CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Evolusi sistem suria punca Marikh kecil

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kajian dapati Musytari tarik bahan dari ‘Planet Merah’ ketika berlegar ke arah matahari\rTEXAS: Kalangan saintis sejak sekian lama kebingungan mengenai mengapa planet Marikh mempunyai saiz separuh lebih kecil berbanding Bumi.\r\n\n\n\n\rSebagai ‘planet jiran’ di dalam sistem suria dan terbentuk pada masa yang hampir sama dengan Bumi, Marikh sepatutnya mempunyai saiz yang sama dengan Bumi dan Zuhrah.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun satu kertas kerja yang disiarkan minggu ini memberi penjelasan dan mendedahkan mengapa lingkaran asteroid mengandungi himpunan batu dan ais yang aneh.\rKertas kerja berjudul  A Low Mass for Mars from Jupiter\'s Early Gas-Driven Migration, disiarkan jurnal Nature 5 Jun lalu ditulis oleh Pengkaji di Institut Penyelidikan Southwest di San Antonio, Texas, Dr Kevin Walsh dan pasukan pengkaji antarabangsa yang diketuainya.\rKetika sistem suria terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun lalu,  planet gergasi Musytari berlegar menghala ke matahari dan dalam perjalanan ia menarik komet dari lingkaran asteroid, sebelum bergerak ke arah Marikh.\rIa kemudian bergerak semula ke arah satu lagi planet besar, Zuhal yang sedang terbentuk dan kali ini menarik batu kering dari dalam lingkaran asteroid sebelum keluar dari situ.\r\n\n\n\n\rSemua bahan ini bersatu dengan Marikh memberikannya jumlah air yang banyak dan kekuatan menahan tarikan graviti.\rBagaimanapun, tarikan graviti dan ‘pertahanan’ ini menyebabkan Marikh akhirnya hanya menjadi sebuah planet kecil, kering dan ‘mati’ seperti yang dilihat hari ini.\rWalsh dengan dibantu anggota pasukannya berjaya membentuk simulasi komputer mengenai sistem suria yang awal dikenali Grand Tack Scenario.\rMereka menunjukkan bagaimana planet Musytari dengan saiz kecil ketika pembentukan awalnya, mungkin bergerak pada jarak 1.5 Unit Astronomi (AU - jarak di antara Matahari ke Bumi) dari Matahari lalu mengambil sebahagian besar bahan dari Marikh menyebabkan planet itu tidak mempunyai cukup material untuk pembentukan lebih besar.\r“Jika Musytari bergerak dan turun sejauh 1.5 AU dari Matahari sebelum  berpatah balik ketika Zuhal terbentuk  dan menghala ke lokasinya sekarang, ia mungkin menyebabkan  aliran bahan pejal ke dalam sistem solar berkurangan. Ini menjelaskan mengapa planet Marikh menjadi kecil,” kata Walsh.\r“Masalahnya ialah sama ada penghijrahan keluar masuk Musytari melalui kawasan 2 ke 4 AU, selaras dengan kewujudan lingkaran asteroid hari ini di lokasi yang sama. Persoalan ini mendorong kami banyak melakukan  simulasi. Hasilnya memang hebat,” katanya.\rBeliau berkata, simulasi yang dibuat tidak hanya menunjukkan pergerakan Musytari adalah konsisten dengan kewujudan lingkaran asteroid, tetapi menjelaskan kedudukan lingkaran itu yang tidak pernah difahami sebelum ini.\rLingkaran asteroid dipenuhi dua jenis puing yang amat berbeza iaitu himpunan bahan amat kering dan bebola yang kaya dengan air sama seperti komet.\r“Air terlalu cepat bertukar menjadi wap ketika pembentukan Bumi dan ia muncul dari kawasan di luar sistem suria yang lebih dingin. Besar kemungkinan air dihasilkan  kumpulan planet kecil dan komet yang dihumban keluar dari lingkaran asteroid oleh Musytari,” katanya.  – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.804445 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list