View: 152|Reply: 0
|
Turun harga sempena Ramadan
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa UAE minta peniaga beri diskaun elak kemarahan rakyat\rDUBAI: Kementerian Ekonomi Emiriah Arab Bersatu ((UAE) menggesa peniaga menurunkan harga barangan antara 20 hingga 50 peratus sepanjang Ramadan Ogos depan, lapor akhbar harian Al-Bayan.\r\n\n\n\n\rNegara pengeksport minyak ketiga terbesar dunia itu berjaya mengelak ketegangan yang melanda jirannya, Oman, Bahrain dan Yaman, berhubung isu harga barang dan keganasan dalaman atas ketidakpuasan rakyat mengenai kemajuan dan kemakmuran mereka.\r\r\n\n\n\n\nSehubungan itu, bimbang dengan kekacauan di negara berkenaan, pihak berkuasa UAE menyatakan, ia akan membelanjakan AS$1.6 bilion (RM3.022 bilion) bagi meningkatkan dan memperbaharui kemudahan asas di wilayah utara negara itu yang kurang membangun.\rNegara Teluk itu juga menaikkan bayaran pencen anggota tentera kepada 70 peratus selain memperkenalkan subsidi roti dan beras.\r“Kementerian memberi tempoh dua minggu kepada semua pusat jualan untuk mengemukakan tawaran terakhir harga barangan komoditi pada Ramadan,” kata akhbar itu yang memetik kenyataan ketua unit perlindungan pengguna Kementerian Ekonomi UAE, Hashem al-Nuaimi.\rBeliau berkata, kementerian juga menasihatkan penjual membuat tawaran potongan harga antara 20 hingga 50 peratus.\r\n\n\n\n\rKerajaan turut mengarahkan peniaga agar tidak mengenakan caj tambahan jika pembeli membuat pembayaran menggunakan kad kredit bermula 1 Julai depan.\rAl-Bayan melaporkan, kenaikan harga makanan menjadi isu amat sensitif di seluruh dunia dan ia juga menjadi antara punca tunjuk perasaan menggulingkan pemimpin di Tunisia dan Mesir awal tahun ini, manakala ketegangan turut merebak ke Afrika Utara dan Asia Barat.\rBulan lalu, kerajaan UAE berkata ia merancang menangani masalah kenaikan harga barangan komoditi global dengan menetapkan kos kira-kira 400 jenis barang makanan dan produk untuk rumah di 70 pusat jualan di negara itu.\rInflasi tahunan di negara anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) berkurangan kira-kira 1.1 peratus pada April berbanding 1.2 peratus pada bulan bulan sebelumnya.\rHarga barangan makanan di UAE meningkat 1.3 peratus pada April berbanding 0.4 peratus pada Mac. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|