CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

PETRONAS kukuh kedudukan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PCG bina kompleks petrokimia tingkat pengeluaran, pendapatan\rPERTUMBUHAN pesat sektor perindustrian di negara Asia serta peningkatan taraf hidup di seluruh dunia meningkatkan penggunaan bahan berasaskan petrokimia seperti plastik serta bahan sintetik sebagai pengganti bagi sumber asli.\r\n\n\n\n\r  Ia berikutan bahan sumber asli seperti kayu, logam, kaca, getah dan kertas tidak lagi mempunyai kelebihan dari segi kos apabila bekalannya menjadi semakin terhad, berbanding produk petrokimia yang mempunyai kegunaan pelbagai, daya tarikan kos serta kestabilan harga berbanding.\r\r\n\n\n\n\n  Bersandarkan kepada faktor berkenaan, PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) yang mempunyai kelebihan dari segi kemudahan pengeluaran bersepadu dan berskala besar, akan melaksanakan beberapa strategi utama yang bukan saja bertujuan meningkatkan lagi penguasaan pasarannya dalam produk petrokimia dunia, malah mampu menjadikan syarikat petrokimia keempat terbesar dunia itu sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada pendapatan syarikat induknya, PETRONAS pada masa depan.\rBagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, PCG berada pada kedudukan kedua terakhir dengan menyumbang sebanyak enam peratus kepada pendapatan PETRONAS sebanyak RM210.8 bilion.\rSelain perniagaan petrokimia di bawah PCG, PETRONAS turut memiliki enam lagi perniagaan lain iaitu, dagangan minyak mentah, aktiviti peruncitan, pembekalan produk petroleum, perniagaan maritim dan logistik.\rPresiden dan Ketua Eksekutif PCG, Dr Abd Hapiz Abdullah, berkata antara strategi utama untuk mengukuhkan kedudukan pada peringkat global adalah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan portfolio produk petrokimia bagi melonjakkan lagi asas pendapatan syarikat itu.\r\n\n\n\n\r“Kami merancang  meningkatkan lagi pengeluaran produk petrokimia daripada 11.5 juta tan yang dikeluarkan tahun lalu menerusi strategi pertumbuhan utama PCG.\r“Selain peningkatan kapasiti pengeluaran, strategi pertumbuhan utama PCG turut merangkumi penggabungan aktiviti petrokimia di kalangan 22 anak syarikat PCG serta beberapa aktiviti pengambilalihan lain secara \'terpilih, strategik dan bersinergi\' yang mana ia akan dilaksanakan jika wujudnya peluang pada masa depan,” katanya pada taklimat media yang diadakan di kompleks petrokimia PETRONAS seluas kira-kira 5,000 hektar di Kertih, Terengganu, baru-baru ini.\rAbd Hapiz berkata, bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, PCG merancang untuk turut terbabit dalam rancangan projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) di Pengerang Johor.\rBeliau berkata, bagi merealisasikan pembabitan PCG dalam projek RAPID itu, kumpulan kini  melaksana kajian daya maju yang dijangka siap sepenuhnya pada 2013.\r“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan prospek industri pada masa ini dan pada masa akan datang,” ujar Abd Hapiz yang baru sebulan menerajui PCG, menggantikan Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamud, yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 April lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.247112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list