CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Stesen televisyen tempatan perlu perbanyak rancangan keislaman bermutu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PENYIARAN rancangan Imam Muda musim kedua di Astro Oasis wajar dipuji. Rancangan realiti berkonsepkan keislaman itu mampu memberi maklumat  berguna kepada  penonton. \rTugasan  memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah dan banduan di penjara menginsafkan saya. Pendedahan sebegini amat baik kepada imam berkenaan ke arah melengkapkan diri sebagai pendakwah dan pembimbing umat.\r\n\n\n\n \r  Saya  memuji langkah mengekalkan imam  yang tersingkir untuk meneruskan pembelajaran. Kepada Imam Hassan, Fakhrul, Amar, Nazrul, Azlan dan Fatah, buktikan kemampuan anda  mendaki tangga juara Imam Muda musim kedua.\r\r\n\n\n\n\n  Program sebegini perlu diperbanyakkan sebagai hiburan alternatif kepada penonton. Jika sebelum ini, kita ada Akademi al-Quran dan Akademi Nasyid di TV9, maka Imam Muda dan Ustazah Pilihan mampu menambah koleksi rancangan membina akhlak Islam dalam masyarakat. \rCuma saya perhatikan, Akademi Nasyid tidak ada tanda untuk diteruskan. Saya berharap TV9 akan mengadakannya semula pada tahun ini.\rTV Al-Hijrah selaku stesen baru bercorak keislaman wajar mengkaji kehendak penonton yang dahagakan rancangan keislaman bermutu. Sayangnya, apabila TV Al-Hijrah diletakkan di bawah perkhidmatan Astro, ia sudah pasti tidak sampai ke setiap rumah. \rJadi TV Al-Hijrah perlu mencari mekanisme untuk mengembangkan sayapnya agar menjadi stesen dakwah dan ilmu Islam menepati kehendak ummah.\r\n\n\n\n\rMUSTAFFA  SIRAJ,\rBatu  Pahat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.062073 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list